Nad Zainal terhibur dengan kiriman reaksi seorang penonton tegar drama hit Dendam Seorang Isteri. Perkongsian yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya, Nad mendedahkan watak yang dibawanya sebagai Kirana menyemat sumbu kebencian bukan sahaja pada watak tetapi dirinya juga.
“Amboi… marah betul awak. Dibenci itu indah. Hanya lakonan. Terima kasih,” tulisnya. Terdahulu, penonton tegar drama itu mengakui “berbulu” dengan watak berkenaan. “Sudahlah Kirana… tak pernah-pernah saya tengok drama Melayu benci sampai ke realiti. Biasa dengar artis bercerita sahaja bila ada orang benci. Sekarang terjadi dekat saya.
|
ADVERTISEMENT