CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Allah Akan Balas, Please Jangan Keluar TV Lagi,"-Ikhwan Fatanna Dibenci Sebab Tolak Cinta Peminat

23-5-2022 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2862| Komen: 23

Gara-gara menolak cinta dari seorang peminat, penyanyi dan komposer Ikhwan Fatanna menerima banyak pesanan berbaur benci daripada wanita tersebut di laman sosial miliknya.


Menurut Ikhwan atau nama sebenarnya Ikhwan Fatanna Mokhtar, 32, pada awalnya individu tersebut sering hadir memberi sokongan kepadanya dan mula meluahkan perasaan cinta pada hujung tahun lalu.

Ikhwan juga tidak sangka wanita tersebut terus mengganggu dirinya selepas cinta ditolak.


Foto: IG

“Saya sendiri tak sangka jadi begini. Pada mula dia meminati lagu-lagu saya dan sering hadir melihat saya membuat persembahan. Hujung tahun lalu dia ada meluahkan perasaan namun saya telah terangkan dengan baik supaya tidak melanggar batas hubungan sebagai peminat.


“Kemudian dia mula menghantar mesej benci kepada saya. Apa sahaja yang saya buat dia tidak suka sehingga melihat saya di kaca televisyen pun tak boleh. Dia turut mengganggu rakan-rakan wanita saya dengan penghantar mesej di laman sosial.

“Apabila keadaan menjadi semakin teruk dan saya rasa sudah melampau, saya kongsikan di media sosial supaya semua orang dapat mendoakan wanita tersebut,” katanya kepada mStar.



Di sebalik kisah diganggu peminat tersebut, Ikhwan juga mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita dan bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Kata penyanyi lagu Restu ini, wanita itu merupakan seorang kenalan dan hubungan mereka bermula sejak awal tahun lalu.



“Memang sekarang ini saya sedang mengenali hati budi seseorang dan mencari masa yang sesuai untuk berkahwin. Walaupun belum menyatakan hasrat tersebut, rasanya dia sudah dapat hint saya mahu melamarnya.

“Saya sudah lama bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Dari sudut kewangan pun saya sudah kumpul wang sejak beberapa tahun lalu.

“Saya rasa selesa berkawan dia dan saya nampak dia mempunyai ciri-ciri isteri serta ibu yang saya mahukan,” katanya.



Sementara itu, Ikhwan juga bimbang jika situasi dia diganggu peminat akan berterusan dan boleh menjejaskan hubungannya dengan kekasih.

Justeru itu, Ikhwan berharap wanita tersebut dapat menghormati keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati sendiri dan tidak lagi menghantar sebarang mesej kepadanya.




“Saya hormati perasaan wanita itu dan juga perlu lakukan perkara sama. Janganlah terlalu membenci orang lain kerana perasaan itu boleh merosakkan diri sendiri.

“Saya juga bimbang jika perkara ini boleh menjejaskan hubungan saya dengan kekasih. Semoga dia faham dan tahu apa yang berlaku,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote phalanx 23-5-2022 10:29 AM
Siapa ni?????
Quote nakkomenjugak 23-5-2022 11:04 AM
gayah lemari ke itewww?
Quote slyfynx 23-5-2022 11:05 AM
ok. berita paham
nexxxttt
Quote HelgaPataki 23-5-2022 11:06 AM
Kita kenal ja Ikhwan ni as composer, tapi cukup famous ke utk ada peminat gila begini? Haha dasyat betul
Quote deebiz14 23-5-2022 11:11 AM
Whoryusss?
And...does it matter? Ferfeeling hot kah?
Quote innocent_me 23-5-2022 11:18 AM
Peminat begini wujud ya.
Mostly yang peel macam ni peminat lagu2 ketuhanan, nasyid.
Meols dah jumpa dulu, theyols berbual sesama sendiri syok gila kat satu kumpulan nasyid ni.
Siap ada nombor pengurus utk buat2 tanya harga, tanya aktiviti bagai gila kumpulan tu punya pasal.
Seramm. mcm sedaya upaya nk tarik perhatian kumpulan tu.
kita yg orang biasa2 ni minat kat boyband ke penyanyi pop ke rilek2 je minat dari jauh.

Patut la sohai otak jadi tak betul sbb dulu mungkin terlalu banyak peminat fanatik otak weng.
Quote tootii 23-5-2022 11:20 AM
saper pulak dak ni ?
Quote pembacagosip 23-5-2022 11:56 AM
nguapan...ngantuk lahaiiiiii
Quote Rogue98 23-5-2022 12:03 PM
Tak kenal....Tu peminat betul ke rekaan?
Quote Kepot 23-5-2022 12:21 PM
amat amat dasat.
Quote nawtylulu 23-5-2022 01:24 PM
wohaaaaa x knal sgt cmni pon ade peminat fanatik. hebattt..
Quote tomaz 23-5-2022 01:55 PM
Entah sape2 entah
Quote prince_marhaen 23-5-2022 02:03 PM
gayah nasyid lindungan kaabah mana pulak ni.......lahhhhhhhh perempuan ke nyah yang tasty kat kau ni dek...
Quote Mary_jane 25-5-2022 11:52 AM
Suara dia macam perempuan, boleh keliru bila dengar kat radio. Stay jadi komposer jela, lagu2 pun lepas je kan ke AJL.
Quote heythere123 25-5-2022 01:19 PM
kalau rasa terancam, buat la report polis. Cerita dekat netizen bukan boleh selesai apa pon
Quote cikX87 25-5-2022 01:57 PM
amende niiiiiiii
Quote auntyonion 25-5-2022 02:05 PM
Sesuci embon pagi mukanyaaa
Quote mizzmimi 25-5-2022 07:36 PM
Dek.. lagi 5-10 tahun kau pun akan cringe dengan perangai sendiri waktu bbnu dek.. lagi cringe bile kena expose gini adui..
Quote mizzmimi 25-5-2022 07:38 PM
Whoareyousss retis bbnu sangat maap tak cukup popular kau dek.. cerita pun sampah sarap tak newsworthy langsung maap ye

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038694 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top