CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syak Diri Dicurangi, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api

23-5-2022 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 963| Komen: 1

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand dilaporkan menikam isterinya di dalam sebuah kereta api semalam selepas mengesyaki wanita itu curang dengan lelaki lain, lapor laman berita Thaiger.


Menurut polis, mangsa iaitu Ratchanok Yimsa-ngob, 31, memutuskan untuk tinggal bersama neneknya di daerah Nakhon Ratchasima dan pasangan itu sedang menuju ke sana dengan menaiki kereta api.

Serangan berlaku kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan) di dalam Kereta Api Bangkok-Surin No233 ketika tren itu menghampiri stesen di Lat Bua Khao, kata timbalan ketua siasatan di Sikhiu, Leftenan Nisachon Sawasdeechai. 


Foto: Thaiger


Ratchanok dan suaminya, Arun Parito dikatakan bergaduh sepanjang perjalanan. Saksi memberitahu polis bahawa Arun kemudian mengeluarkan pisau dari beg isterinya dan menikam mangsa dua kali di belakang dan lehernya.

Mangsa yang mengeluarkan darah kemudian jatuh dari tempat duduknya di hadapan beberapa penumpang lain. 

Ratchanok masih sedar ketika anggota penyelamat memberikan pertolongan cemas sebelum memindahkannya ke Hospital Sikhiu untuk mengeluarkan pisau yang ditikam di lehernya.

Serangan itu berlaku di dalam kereta api laluan Bangkok-Surin. Kakitangan kereta api menahan Arun dan polis kemudian membawanya ke daerah Sikhiu untuk dikenakan tindakan undang-undang.

Polis berkata bahawa suspek akan didakwa atas tuduhan cuba membunuh. Arun dihadapkan ke sebuah makhamah wilayah, manakala mangsa masih kritikal setakat semalam. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 23-5-2022 02:54 PM
jgn main tikam2 boleh tak. dah curang ko tinggal jela berlambak lagi orang lain.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.139129 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top