Duduk di kawasan taman perumahan yang penuh dengan jiran, sudah tentu kita perlu ada sifat tolenrasi dengan pelbagai karenah jiran seperti isu bising, sampah, parkir dan banyak lagi. Menurut laporan dari Vocket, baru-baru ini ada hantaran di Facebook yang menceritakan sebuah kereta Perodua Myvi dilihat parkir di dalam kawasan rumah jiran. Loading FB Post...
Difahamkan, pemilik rumah itu balik dan terkejut melihat ada kereta lain yang parkir di dalam halaman rumahnya, pemilik rumah itu menanyakan siapakah pemilik kereta itu menerusi grup Whatsapp kejiranan kerana beliau gagal parkir keretanya di rumah sendiri. Menjengah di komen Facebook, ramai yang mengatakan perkara ini agak serius kerana jirannya yang menceroboh rumah jirannya hanya semata-mata untuk parkir keretanya dan ada juga berkata pemilik kereta Myvi mungkin tidak sengaja parkir salah rumah. -CARI |
Aikiko replied at 22-5-2022 12:30 AM
Kat area umah ni pun ada gak spesis gini
Tapi nasib owner umah dah lama buat dek ngan umah sendiri s ...
ADVERTISEMENT