Pada tahun 2020, seorang jutawan dan bekas pelumba iaitu Zef Eisenberg maut ketika cuba memecah rekod dunia dengan memandu Porsche 911 Turbo milknya, dan baru-baru ini ada informasi tentang punca sebenar kemalangan itu. Memetik The Sun, punca sebenar kemalangan itu berlaku adalah Eisenberg dilaporkan menekan brek terlalu cepat sejurus sebelum nahas berlaku, lebih menyedihkan lagi insiden itu berlaku di hadapan isterinya sendiri. Difahamkan, Eisenberg cuba membuktikan bahawa dia berjaya mengubah suai Porsche terpantas di dunia dengan menguji pandu kereta tersebut di Elvington Airfield, England. Tetapi, kereta Porsche itu terbalik ketika dipandu pada kelajuan yang tinggi. Tambahan pula, payung terjun khas yang dipasang di dalam kereta itu mengalami masalah teknikal ketika kemalangan itu berlaku. -CARI |
ADVERTISEMENT