Abby Abadi menzahirkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkumpul semula bersama seluruh anggota kumpulan wanita popular yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu, Elite untuk sebuah program televisyen baru-baru ini.
Menurut Abby, kesemua mereka masih mempunyai perangai dan sikap yang sama seperti mana di awal perkenalan mereka sejak 27 tahun yang lalu. Katanya lagi, pertemuan tersebut juga sarat dengan perkongsian kisah-kisah serta momen-momen lama sepanjang mereka bersama kumpulan tersebut. “Alhamdullillah Elite. Dapat berkumpul bersama hari ini untuk program Nona (ulang tahun ke 38, TV3). Terima kasih kerana sudi jemput Elite. Amat kami hargai.
“Sedar tak sedar dah 27 tahun dah Elite rupanya ya. Syukur. Bila ditanya tentang kenangan-kenangan dulu, alahai, terkenang-kenang hehe. “Perangai pun masih sama, ada sikit je berubahnya haha. Masih comel-comel semua hihi. Masih sihat, masih gigih bekerja, masih boleh bersembang dan beriang ria macam dulu kala ye,” tulisnya. Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Gerak Khas itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
|
dua_chzy: Dah tua2 ni nampak macam Watie ...
dua_chzy replied at 20-5-2022 03:34 PM
Dah tua2 ni nampak macam Watie la pulak yang paling lawa.
Zaman anak dara dulu ai tengok Azza dan A ...
sarah_ary2 replied at 20-5-2022 06:33 PM
Ai memang dr dulu tgk Watie lawa muka melayu klasik walaupun dgr citer dulu penyebab abby kluar ka ...
dejure replied at 20-5-2022 04:35 PM
Teringat kata2 dia masa mula2 join PAS dulu,katanya lagha,dah taknak berlakon atau menyanyi..sudahny ...
prince_marhaen replied at 20-5-2022 03:14 PM
Elehhhhh yebby ni...terkenang-kenang..walhal kau yang keluar paling awal...
dino replied at 20-5-2022 08:57 PM
biasalah tu
stop la segala menda share public.. pastu netizen kecam gigih explain
ADVERTISEMENT