Minggu ini, kes Awal Ashaari didakwa melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara pula menjadi perhatian ramai.
Pelakon dan pengacara itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan berkenaan. Namun, apa yang menarik perhatian adalah keadaannya yang bergari ketika Kompleks Mahkamah. Ramai bersimpati dengan nasibnya itu yang seolah-olah dilayan seperti penjenayah.
Sungguh berbeza dengan layanan diterima suspek utama kes penderaan tragis adik Bella, Siti Bainun. Menjelaskan perkara itu kepada mStar, peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, tatacara pengurusan orang kena tuduh (OKT) adalah di bawah bidang kuasa polis. "Ada juga keadaan mereka tak digari pun, tapi sementara menunggu wang jaminan di selesaikan mereka perlu digari. Ia bergantung kepada bidang kuasa polis ketika itu dan bukan disebabkan kesalahan itu ringan atau berat. Ia sama sahaja. "Asalnya kes Siti Bainun tiada reman maksudnya dia berikan kerjasama di balai. Dia sebenarnya ditangkap dan reman diteruskan sebab tu tak ada keperluan gari. "Dia pun dah bayar jamin bukan sebab kesalahan tu berat atau tidak. "Siti Bainun dan Awal di bawah akta yang berlainan, kesemua dalam mana-mana dakwaan ia tertakluk pada prosedur tertentu," ujarnya.
|
ReginaGeorge replied at 21-5-2022 01:24 AM
Kesian anak dia.. Mesti dibahankan kengkawan
ezacbee replied at 22-5-2022 06:17 PM
Retis2 ni susah nak rasa kesian..
ADVERTISEMENT