Perkhabaran mengenai harga barangan mungkin meningkat sehingga 60 peratus pada bulan depan pastinya meresahkan semua pengguna.
Perkara ini turut sama dirasai usahawan selebriti, Mila Jirin yang memohon pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meneliti dan bertindak menangani isu berkenaan. Mila yang mengusahkan perniagaan katering menerusi perkongsiannya di Instagram berkata ada di kalangan pemborong yang sudah mula mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. Menurut Mila, jika dibiarkan pemborong berterusan mengambil kesempatan, selaku pengusaha makanan, Mila berasa berat hati terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan isu semasa yang sedang berlaku pada ketika ini.
Sekadar informasi, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 35, mula menceburi bidang seni selepas memenangi program Akademi Fantasia musim kelima pada 2007. Beberapa tahun selepas itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mula memperlahankan karier nyanyian selepas menceburkan diri dalam bidang perniagaan katering dan pengurusan majlis perkahwinan. Sumber: Media Hiburan
|
hashashes replied at 21-5-2022 11:48 AM
Dak2 bbnu twider yang dok troll2 Malaysia ni ada bangunan tinggi2 (trx, menara pnb baru) tapi gaji m ...
namieamuro replied at 21-5-2022 12:23 PM
dh agak dh. predictable dh benda ni. ko ingat malaysia ni baik hati ke kalau dh lulus kenaikkan gaji ...
namieamuro replied at 21-5-2022 12:23 PM
dh agak dh. predictable dh benda ni. ko ingat malaysia ni baik hati ke kalau dh lulus kenaikkan gaji ...
ADVERTISEMENT