Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan beberapa kejadian terbaharu membabitkan kezaliman terhadap haiwan peliharaan dan terbiar.
Baginda bertitah, sangat kecewa dengan individu yang tidak berperikemanusiaan dan tergamak berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan secara terbuka. “Baru-baru ini, media melaporkan kejadian berasingan melibatkan beberapa ekor kucing peliharaan dan terbiar yang ditemukan mati dipercayai diracun oleh individu tidak bertanggungjawab,” titah baginda.
Baginda yang juga Penaung Diraja Program Stray Free Selangor (SFS) di bawah kendalian Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor bertitah menggesa agar pihak berwajib melakukan siasatan sehingga pelakunya dapat dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan. Dalam pada itu, Tengku Permaisuri bertitah menyarankan agar masyarakat yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian seumpamanya supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa. Baginda mengingatkan bahawa kezaliman terhadap haiwan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 772 iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015.
|
Artemesiaa: Dari dulu dah ramai cadangkan ...
mrsLucky replied at 21-5-2022 08:17 PM
Serious bukan mudah dan murah nak pelihara pet. Setakat ni anak2 i dah rescue 2 anak kucing yang di ...
ADVERTISEMENT