CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Bercinta, Khai Bahar Menyampah Peminat 'Kenen-Kenenkan' Dengan Penyanyi Duet

20-5-2022 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5425| Komen: 24

Khai Bahar, 28, mengakui dia kurang selesa apabila ada segelintir peminat suka mengaitkannya supaya betul- betul 'bercinta' dengan rakan penyanyi wanita yang berduet dengannya.


Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin ketika ditemui berkata, perasaan cinta yang sebenar itu tidak boleh dipaksa-paksa.

Malah, gandingan dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul hanya atas dasar kerja saja.

Foto: IG

"Saya sebenarnya kurang selesa apabila ada segelintir peminat yang suka kaitkan atau cuba 'kenen-kenen' saya untuk jatuh cinta betul-betul dengan rakan duet wanita seperti Aina. Di antara kami, selesa profesional dalam bekerja.


"Lagipun, buat masa ini saya memang tidak terfikir langsung dan belum fikir nak bercinta atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita kerana ingin fokus membahagiakan ibu bapa saya di kampung.



"Saya mahu berbakti dulu kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Apatah lagi, ibu bapa saya dah semakin berusia dan mereka juga sekarang kurang sihat. Jadi, saya mahu mengutamakan mereka dulu sebelum memikirkan soal cinta, kahwin dan  pasangan hidup," katanya.


Terdahulu, Khai ditemui media pada majlis ramah mesra sempena lagu Kaulah Syurga nyanyian duet bersama penyanyi Lia Aziz yang kini menjadi lagu tema (OST) drama 7 Hari Mencintaiku 3 di TV3.

Menurut Khai, kalau dah sampai jodoh pasti tidak ke mana, namun kini dia bekerja gigih mencari rezeki untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarganya di kampung. Katanya, keutamaan dan fokus memang kepada ibu bapa dan keluarga dulu.

Berbicara juga mengenai rakan duetnya Lia, Khai yang sebelum ini sudah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Nordiana dan Aina berkata dia tidak memilih penyanyi tertentu untuk merakamkan lagu bersama.



"Saya tak kisah pun bekerja dengan Lia walaupun dia penyanyi baru. Pada saya, Lia ada kelebihan tersendiri dari segi vokalnya. Malah, dia juga seorang pelajar jurusan muzik di universiti, manakala saya hanya bersandar sepenuhnya dengan bakat saja," katanya.

Menurut Khai, dia banyak juga menimba ilmu berkaitan muzik dengan Lia dan mereka saling membantu. 

 Katanya, di antara mereka selesa berkongsi ilmu dan pengalaman sekali gus tiada istilah 'siapa menumpang populariti siapa'. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 20-5-2022 04:12 PM
Cube kenen kn ngn hael heheh
Eh x bole kan
Quote Pak.dolla 20-5-2022 04:17 PM
Bagus KB sound je pemenat yg gedik kenen² kan org...kalau x sound nnt jd mcm lobenak..sampai skrg x sembuh² dan busuk hati
Quote animefan 20-5-2022 05:08 PM
Quote princessmiang 20-5-2022 07:31 PM
#pridemonth
Quote apikwaeh 21-5-2022 06:09 AM
Kenapa dia sebut aina... Dah ada yg nk suruh kahwin lah tu bila berduet pakai sedondon
Alahai kb dah caption ig pun selalu sikit2 jodoh. Mana lah org tak kenen
Quote ashilalat 21-5-2022 08:39 AM
missyL replied at 20-5-2022 04:12 PM
Cube kenen kn ngn hael heheh
Eh x bole kan

Hahaha..on point sangat!
Quote stingerascal2 21-5-2022 09:08 AM
Dari ko dikenen kenenkheun dgn ebiet liew?

Kahkahkahkahkahkah
Quote SisLena 21-5-2022 09:36 AM
Sebab tak cun kot hahaha. Kalo cun senyum lebar je kot kena kenen..masa dengan nana xde plk dia sound ek. Tp bagusla khai terus sound. Aku pon x suke peminat suka kenen2 ni
Quote SpyLeman 21-5-2022 09:39 AM
Ok laaa...Last..lastt....janji. kita kenenkan ko dgn Dafi baekkk punyaaa. Mau?
Quote selipar_hijau 21-5-2022 09:44 AM
Kenen ngn prince chiki chiki lah
Quote nakkomenjugak 21-5-2022 10:09 AM
Kalau kenen dengan ummah lemari marah tak?
Quote ezacbee 21-5-2022 12:26 PM
Nape dia xjoin konsert dgn aina.. konsert dia dulu pun cancel ke?
Quote cicicumel 21-5-2022 02:37 PM
Dah pasangan duet ko haukkk.. Yg latest dgn Lia apantah.. OST drama Pak Samad tu. Umur 18 tapi.... Sedih.

Apakata duet dgn Daniesh Sufian.. Letops  haha
Quote adeqbun 21-5-2022 02:59 PM
Ummah lemari kah..
Quote tupaiterbang 21-5-2022 02:59 PM

Dah dia geng kelempok (ini formers yg cakap, bukan iols) mana nak ya kenen dgn pompuan tulen


Quote pencintaABC 21-5-2022 03:02 PM
cicicumel replied at 21-5-2022 02:37 PM
Dah pasangan duet ko haukkk.. Yg latest dgn Lia apantah.. OST drama Pak Samad tu. Umur 18 tapi.... S ...

Kan kalau duet dgn Danish Sufian & Luqman Faiz harusla tak kesah dikenen2 kan
Quote biozipstar 21-5-2022 03:25 PM
moga berjodoh dgn seorang perempuan... insya Allah aamiin
Quote bankerpencen 21-5-2022 04:23 PM
Kalau dia ni ummah lemari sekalipun, dok kenen2 orang ni just bc diorg duet sekali dua agak annoying ya. Nak ship2 pula. Ibaratkan orang dok kenenkan colleague dgn kau semata-mata sebab korang banyak kena handle project sekali. Benda macam ni buat sesetengah orang rasa tak selesa. Kalau orang tu cakap dia tak suka, berhenti je la kenen2
Quote datinamanda 21-5-2022 04:53 PM
Dah konpunya caption kat ig kemain mengundang. Mana fans2 kepam tak berangan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.044364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top