View: 4398|Reply: 24
|
Tak Nak Bercinta, Khai Bahar Menyampah Peminat 'Kenen-Kenenkan' Dengan Penyanyi Duet
[Copy link]
|
|
Khai Bahar, 28, mengakui dia kurang selesa apabila ada segelintir peminat suka mengaitkannya supaya betul- betul 'bercinta' dengan rakan penyanyi wanita yang berduet dengannya.
Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin ketika ditemui berkata, perasaan cinta yang sebenar itu tidak boleh dipaksa-paksa.
Malah, gandingan dengan penyanyi wanita seperti Aina Abdul hanya atas dasar kerja saja.
Foto: IG
"Saya sebenarnya kurang selesa apabila ada segelintir peminat yang suka kaitkan atau cuba 'kenen-kenen' saya untuk jatuh cinta betul-betul dengan rakan duet wanita seperti Aina. Di antara kami, selesa profesional dalam bekerja.
"Lagipun, buat masa ini saya memang tidak terfikir langsung dan belum fikir nak bercinta atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita kerana ingin fokus membahagiakan ibu bapa saya di kampung.
"Saya mahu berbakti dulu kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Apatah lagi, ibu bapa saya dah semakin berusia dan mereka juga sekarang kurang sihat. Jadi, saya mahu mengutamakan mereka dulu sebelum memikirkan soal cinta, kahwin dan pasangan hidup," katanya.
Terdahulu, Khai ditemui media pada majlis ramah mesra sempena lagu Kaulah Syurga nyanyian duet bersama penyanyi Lia Aziz yang kini menjadi lagu tema (OST) drama 7 Hari Mencintaiku 3 di TV3.
Menurut Khai, kalau dah sampai jodoh pasti tidak ke mana, namun kini dia bekerja gigih mencari rezeki untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarganya di kampung. Katanya, keutamaan dan fokus memang kepada ibu bapa dan keluarga dulu.
Berbicara juga mengenai rakan duetnya Lia, Khai yang sebelum ini sudah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Nordiana dan Aina berkata dia tidak memilih penyanyi tertentu untuk merakamkan lagu bersama.
"Saya tak kisah pun bekerja dengan Lia walaupun dia penyanyi baru. Pada saya, Lia ada kelebihan tersendiri dari segi vokalnya. Malah, dia juga seorang pelajar jurusan muzik di universiti, manakala saya hanya bersandar sepenuhnya dengan bakat saja," katanya.
Menurut Khai, dia banyak juga menimba ilmu berkaitan muzik dengan Lia dan mereka saling membantu.
Katanya, di antara mereka selesa berkongsi ilmu dan pengalaman sekali gus tiada istilah 'siapa menumpang populariti siapa'. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Cube kenen kn ngn hael heheh
Eh x bole kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus KB sound je pemenat yg gedik kenen² kan org...kalau x sound nnt jd mcm lobenak..sampai skrg x sembuh² dan busuk hati |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia sebut aina... Dah ada yg nk suruh kahwin lah tu bila berduet pakai sedondon
Alahai kb dah caption ig pun selalu sikit2 jodoh. Mana lah org tak kenen |
|
|
|
|
|
|
|
Dari ko dikenen kenenkheun dgn ebiet liew?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tak cun kot hahaha. Kalo cun senyum lebar je kot kena kenen..masa dengan nana xde plk dia sound ek. Tp bagusla khai terus sound. Aku pon x suke peminat suka kenen2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ok laaa...Last..lastt....janji. kita kenenkan ko dgn Dafi baekkk punyaaa. Mau? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenen ngn prince chiki chiki lah |
|
|
|
|
|
|
|
Nape dia xjoin konsert dgn aina.. konsert dia dulu pun cancel ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pasangan duet ko haukkk.. Yg latest dgn Lia apantah.. OST drama Pak Samad tu. Umur 18 tapi.... Sedih.
Apakata duet dgn Daniesh Sufian.. Letops haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dia geng kelempok (ini formers yg cakap, bukan iols) mana nak ya kenen dgn pompuan tulen
|
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 21-5-2022 02:37 PM
Dah pasangan duet ko haukkk.. Yg latest dgn Lia apantah.. OST drama Pak Samad tu. Umur 18 tapi.... S ...
Kan kalau duet dgn Danish Sufian & Luqman Faiz harusla tak kesah dikenen2 kan |
|
|
|
|
|
|
|
moga berjodoh dgn seorang perempuan... insya Allah aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia ni ummah lemari sekalipun, dok kenen2 orang ni just bc diorg duet sekali dua agak annoying ya. Nak ship2 pula. Ibaratkan orang dok kenenkan colleague dgn kau semata-mata sebab korang banyak kena handle project sekali. Benda macam ni buat sesetengah orang rasa tak selesa. Kalau orang tu cakap dia tak suka, berhenti je la kenen2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah konpunya caption kat ig kemain mengundang. Mana fans2 kepam tak berangan |
|
|
|
|
|
|
| |
|