Penyanyi yang popular dengan lagu Sepi, Aina Abdul sememangnya terkenal dengan fesyen 'pelik' setiap kali tampil menghiburkan penonton.
Kali ini, pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani itu sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia memakai gaun labuh dan longgar ketika bersenam di gimnasium.
Menerusi Instagram, penyanyi itu memuat naik sebuah video memaparkan dirinya yang sedang melakukan senaman angkat berat.
Memakai gaun dan tudung berwarna hitam, Aina gigih menjaga staminanya bersempena konsert Aina Abdul 2.0 yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun nanti.
Peminat turut menunjukkan rasa kagum apabila Aina masih dapat melakukan senaman dengan selesa walaupun tanpa memakai pakaian ketat.
Situasi itu membuktikan bahawa wanita yang ingin melakukan senaman di gimnasium masih boleh menutup aurat dengan sempurna. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Motip pakai macam tu… kalau nak jaga aurat kononnya, lengan tu aurat gak. Aku tak paham. Pakai je macam orang biasa… boleh je pakai baju workout tak ketat pun, tak perlu nak over