Sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2022 ternyata masih diraikan dalam kalangan pendidik dan anak anak murid.
Seperti menjadi satu tradisi, setiap kali tibanya tarikh yang cukup bermakna buat para guru kerana mencurah bakti tanpa jemu mendidik anak bangsa, kebanyakan pelajar tidak mahu terlepas memberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan buat pengorbanan barisan tenaga pengajar. Tenaga pengajar atau guru akan menerima pelbagai hadiah termasuk yang paling popular adalah mug, pen, bunga atau tudung, Namun perkongsian dua orang guru dalam laman sosial baru baru ini cukup membuat netizen terharu.
Menerusi perkongsian seorang guru yang mengaku baru sempat melihat hadiah hadiah yang diterima daripada barisan pelajar kesayangannya selepas pulang ke rumah, tertarik dengan sebuah beg plastik berwarna merah. Sebaik melihat nasi goreng telur yang diisi dalam bekas bulat, guru tersebut mengaku sebak. Satu lagi perkongsian dari guru yang menarik perhatian dan membuat banyak bergenang air mata adalah apabila menerima hadiah tiga butir kismis yang dimasukkan dalam sebuah ‘beg kertas’ yang dibuat sendiri oleh si pelajar. Sumber: GEMPAK
|
Artemesiaa replied at 20-5-2022 01:37 PM
Bagi guru ingatan yang penting bukan mahal murahnya pemberian tu
whimsicalmusic replied at 20-5-2022 01:59 PM
Da jd standard kena bg hadiah..kang kalo xbg cikgu meroyan plak up status..xpn anak cikgu kuikuikui. ...
annehuda replied at 20-5-2022 05:19 PM
aku rasa zaman skrang ni takyahla galakkan kasi hadiah utk cikgu-cikgu ni. sbb gaji cikgu pun kekdg ...
Suchi replied at 20-5-2022 05:10 PM
Kan.. seingat iols masa iols sekolah dulu kitaorang cuma share je beli hadiah guna duit tabung kel ...
whimsicalmusic replied at 20-5-2022 06:43 PM
Kan..iolls rasa kalo bg hadiah mak pak yg kena pikir byk..pastu nk tao cikgu tu ok x ngn hadiah tu ...
wirazam replied at 20-5-2022 06:39 PM
Setuju...kesian kat student yg kurang berada...
Jgn dibiasakan murid murid beri hadiah pada guru.. ...
wirazam replied at 20-5-2022 06:39 PM
Setuju...kesian kat student yg kurang berada...
Jgn dibiasakan murid murid beri hadiah pada guru.. ...
ADVERTISEMENT