Kerajaan Pakistan melarang import barangan 'tidak perlu' dalam usahanya untuk menjimatkan tukaran asing memandangkan nilai mata wang jatuh mendadak berbanding dolar AS sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Pada Khamis nilai satu dolar AS adalah 200 rupee berbanding 182 rupee pada sebulan yang lalu. "Keputusan saya untuk melarang import barangan mewah dapat jimatkan tukaran asing negara," kata Perdana Menteri, Shehbaz Sharif. Barangan itu termasuk kereta, telefon bimbit, peralatan rumah, pinggan mangkuk, bagasi, syampu, peralatan mandian, daging sejuk beku, rokok, alat solek dan muzik.
Menteri Penerangan, Marriyum Aurangzeb berkata terdapat "situasi kecemasan" dan rakyat Pakistan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap produk import. Beliau berkata, defisit perdagangan di Pakistan sudah berada pada tahap serius. "Kami mempunyai kapasiti dan pengalaman untuk menyelesaikan isu ekonomi semasa. Langkah yang diambil untuk larang barangan import bertujuan menstabilkan ekonomi," kata Marriyum dalam satu sidang media pada Khamis. Beliau berkata larangan import barangan bukan keperluan itu dapat menjimatkan AS$6 bilion setahun dan meningkatkan industri pembuatan domestik. Sumber: Bernama
|
angelofish replied at 20-5-2022 11:02 AM
malaysia pon dah boleh haramkan app shoppe dengan lazada
kasibiman replied at 20-5-2022 02:46 AM
Habis Tu Mandi sental pakai apa? Kulit bawang?
mamakcool replied at 20-5-2022 01:06 PM
Msia mesti stop import barangan plastic..cth toys..semua tu beracun utk dilupuskan
rospinki replied at 20-5-2022 11:50 AM
bgus pendekatan menteri impot espot pakistan. takperlu sebrnya utk kehidupan. sambil menyapu losen l ...
kasibiman replied at 20-5-2022 10:46 AM
Habis Tu Mandi sental pakai apa? Kulit bawang?
mamakcool replied at 20-5-2022 01:06 PM
Msia mesti stop import barangan plastic..cth toys..semua tu beracun utk dilupuskan
Samerosie replied at 20-5-2022 01:59 PM
Sabut kelapa wak...
sharlenetexas replied at 20-5-2022 01:10 PM
Local brand Malaysia mcm Secret Garden, The Virtues Company.
green~tea replied at 20-5-2022 02:36 PM
Simplysitot pun local product khuens
sharlenetexas replied at 20-5-2022 03:22 PM
Secret Garden mmg best masa batch lama dulu. Shower gel halia + pegaga mmg pekat bau halia, mata j ...
angelofish replied at 20-5-2022 11:02 AM
malaysia pon dah boleh haramkan app shoppe dengan lazada
ADVERTISEMENT