Kerajaan Pakistan melarang import barangan 'tidak perlu' dalam usahanya untuk menjimatkan tukaran asing memandangkan nilai mata wang jatuh mendadak berbanding dolar AS sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Pada Khamis nilai satu dolar AS adalah 200 rupee berbanding 182 rupee pada sebulan yang lalu.
"Keputusan saya untuk melarang import barangan mewah dapat jimatkan tukaran asing negara," kata Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.
Gambar hiasan
Barangan itu termasuk kereta, telefon bimbit, peralatan rumah, pinggan mangkuk, bagasi, syampu, peralatan mandian, daging sejuk beku, rokok, alat solek dan muzik.
Menteri Penerangan, Marriyum Aurangzeb berkata terdapat "situasi kecemasan" dan rakyat Pakistan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap produk import.
Beliau berkata, defisit perdagangan di Pakistan sudah berada pada tahap serius.
"Kami mempunyai kapasiti dan pengalaman untuk menyelesaikan isu ekonomi semasa. Langkah yang diambil untuk larang barangan import bertujuan menstabilkan ekonomi," kata Marriyum dalam satu sidang media pada Khamis.
Beliau berkata larangan import barangan bukan keperluan itu dapat menjimatkan AS$6 bilion setahun dan meningkatkan industri pembuatan domestik.
Post time 20-5-2022 02:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by green~tea at 20-5-2022 02:32 PM
mamakcool replied at 20-5-2022 01:06 PM
Msia mesti stop import barangan plastic..cth toys..semua tu beracun utk dilupuskan
Malaysia manufacturer plastic resin terbesar .. pelbagai jenis polymer chuolz...
Kita sepatutnya dieducate mengenai pengurusan pembuangan plastic dengan betul, sampah2 di rumah, bisnes premises segregate elok2 supaya senang process waste treatment... jangan buang sampah merata.... KPKT mana? Bila nak implement and educate public? Enforcement kelaut??? Pastu salahkan plastic jadi culprit.. mende ni mindset je...
Cer tengok jepun... mcmana dia handle waste management.. sampai medal Olympics pun depa guna bahan recycle.. look at their commitments
Post time 20-5-2022 03:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 20-5-2022 02:36 PM
Simplysitot pun local product khuens
Secret Garden mmg best masa batch lama dulu. Shower gel halia + pegaga mmg pekat bau halia, mata jadi segar. Batch baru ni dia kurangkan ingredients, bau tak sekuat dulu tapi masih boleh diterima. Produk bagus tapi marketing dan distribution tu lemah.