CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beribu Jururawat Lari Kerja Di Singapura, Gaji Setaraf Doktor Pakar Di Malaysia

19-5-2022 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7285| Komen: 96

JOHOR BAHRU: Johor berdepan dengan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat di negeri ini setelah ramai yang berhijrah dan bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan di Singapura.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan isu tersebut. 

Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja itu bukan hanya melibatkan para jururawat malah kekurangan doktor melibatkan beberapa hospital di negeri ini disebabkan menerima tawaran yang lebih baik.


Gambar Hiasan, Foto: Daily Express


Katanya, ketika ini, nisbah seorang jururawat adalah untuk 297 pesakit berbanding nisbah yang sepatutnya iaitu seorang jururawat untuk 200 pesakit.

“Kita tidak ada statistik khusus berapa ramai jururawat dan doktor kita yang bekerja di Singapura tetapi bilangannya semakin bertambah setiap tahun disebabkan menerima tawaran lebih baik.

“Kita juga menjangkakan lebih ramai akan pergi bekerja di Singapura kerana nilai Ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jururawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini.

“Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila sudah ditukar matawang,” katanya ketika Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa, di sini hari ini.

Tian Soon berkata, setakat ini terdapat 12,533 jururawat di negeri ini melibatkan 8,777 jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, 19 berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.

“Jumlah perjawatan bagi jururawat di negeri ini sudah 98 peratus diisi tetapi masih lagi tidak cukup memandangkan program kesihatan dan perkhidmatan semakin bertambah selain hospital baharu yang perlukan jururawat,” katanya.

Menurutnya, pertemuan dengan Khairy nanti akan membincangkan kaedah serta tawaran terbaik bagi mengatasi masalah itu.

Jelas beliau, ini termasuk memberikan tawaran yang baik kepada jururawat dan doktor dalam masa sama menghalang mereka daripada terus berhijrah ke republik tersebut.

Antara yang akan dicadangkan dalam pertemuan itu nanti katanya, menawarkan lepasan universiti untuk mengambil kursus kejururawatan sebelum menyerap mereka dalam sektor perkhidmatan kesihatan di negeri ini.


“Tahap keperluan jururawat di negeri ini masih belum kritikal tetapi ketidakcukupan itu perlu diisi supaya perkhidmatan kesihatan tidak terjejas selain dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan,” katanya.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 19-5-2022 03:42 PM
Edited by caprut at 19-5-2022 04:09 PM

Nurse pon berani hijrah. Doktor kontrak tahu memekak je. Yela jdi doktor negara luar xdpt sgt la tnjuk lagak tnjuk eksyen doktor
Quote Artemesiaa 19-5-2022 03:46 PM
Siapa tak nak dapat gaji tinggi kalau ada peluang pasti ramai nak rebut peluang tu
Quote airisa 19-5-2022 04:06 PM
i jumpa nurse baru balik dari arab saudi .. dia bagitau, gaji dia di sana convert rm15k bersih sebulan. memang dia tak mau balik keje malaysia dah.
Quote Skuau 19-5-2022 04:08 PM
jgn risau gomen dh nk amik 500k abangla...boleh la'dibuat nurse'...
Quote sukma88 19-5-2022 04:23 PM
skim gaji masih ikut zaman tok kaduk
even ada degree pun klu x cukup kipas, folo laa skim gaji diploma
elok laa berhijrah
Quote CARI-MRO 19-5-2022 04:32 PM
JOHOR BAHRU: Johor berdepan dengan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat di negeri ini setelah ramai yang berhijrah dan bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan di Singapura.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan isu tersebut.


Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja itu bukan hanya melibatkan para jururawat malah kekurangan doktor melibatkan beberapa hospital di negeri ini disebabkan menerima tawaran yang lebih baik.




Gambar Hiasan, Foto: Daily Express




Katanya, ketika ini, nisbah seorang jururawat adalah untuk 297 pesakit berbanding nisbah yang sepatutnya iaitu seorang jururawat untuk 200 pesakit.


“Kita tidak ada statistik khusus berapa ramai jururawat dan doktor kita yang bekerja di Singapura tetapi bilangannya semakin bertambah setiap tahun disebabkan menerima tawaran lebih baik.


“Kita juga menjangkakan lebih ramai akan pergi bekerja di Singapura kerana nilai Ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jururawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini.


“Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila sudah ditukar matawang,” katanya ketika Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa, di sini hari ini.


Tian Soon berkata, setakat ini terdapat 12,533 jururawat di negeri ini melibatkan 8,777 jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, 19 berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.


“Jumlah perjawatan bagi jururawat di negeri ini sudah 98 peratus diisi tetapi masih lagi tidak cukup memandangkan program kesihatan dan perkhidmatan semakin bertambah selain hospital baharu yang perlukan jururawat,” katanya.


Menurutnya, pertemuan dengan Khairy nanti akan membincangkan kaedah serta tawaran terbaik bagi mengatasi masalah itu.


Jelas beliau, ini termasuk memberikan tawaran yang baik kepada jururawat dan doktor dalam masa sama menghalang mereka daripada terus berhijrah ke republik tersebut.


Antara yang akan dicadangkan dalam pertemuan itu nanti katanya, menawarkan lepasan universiti untuk mengambil kursus kejururawatan sebelum menyerap mereka dalam sektor perkhidmatan kesihatan di negeri ini.




“Tahap keperluan jururawat di negeri ini masih belum kritikal tetapi ketidakcukupan itu perlu diisi supaya perkhidmatan kesihatan tidak terjejas selain dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan,” katanya.  -CARI


Sumber: Utusan Online
Quote anony-mous 19-5-2022 04:32 PM
Kwn iols sggup tggal ank kat sini. Sbb nk ke arab saudi. Patutnya tambah nurse, kurangkan skop keje baru la nurse nak stay n tambah gaji basic tu
Quote syamzana 19-5-2022 04:39 PM
gaji setaraf doc pakar tu sbb convert $ ke RM. mmg lar byk. tp dok sana dgn gaji misi, serba serbi mahai lbh krg jugak. unless pergi sorg, sewa bilik, mkn bercatu mmg byk la sikit dpt.
Quote Radzor 19-5-2022 04:41 PM
Gaji doktor pakar setaraf nurse sg jea.
Quote Supersirap 19-5-2022 04:43 PM
Sila buat pelarasan gaji nurse yang baharu beserta insentif yang menarik
Quote caprut 19-5-2022 04:55 PM
Supersirap replied at 19-5-2022 04:43 PM
Sila buat pelarasan gaji nurse yang baharu beserta insentif yang menarik

Kos. KKM ni byk kasta. Susah
Quote zarul427 19-5-2022 05:02 PM

if gaji tinggi layan jaa
malaysia ni gaji rendah
kos tinggi
if xgerak xmakan maaaa
Quote caprut 19-5-2022 05:06 PM
syamzana replied at 19-5-2022 04:39 PM
gaji setaraf doc pakar tu sbb convert $ ke RM. mmg lar byk. tp dok sana dgn gaji misi, serba serbi m ...

Selalu rumah da sedia. Bym lg benefit dorg. Tp kontrak la. Da habes kontrak or tk disambung jd misi dkt hospital private dgn gaji ciput
Quote AbukRokok 19-5-2022 05:15 PM
Supersirap replied at 19-5-2022 04:43 PM
Sila buat pelarasan gaji nurse yang baharu beserta insentif yang menarik

mana boleh nanti beban kewangan kerajaan bertambah tinggi

Quote dua_chzy 19-5-2022 05:19 PM
Jururawat gred 41 kita ramai pi Singaporn/negara2 luar. Sedeh.
Quote R2D2 19-5-2022 05:23 PM
bukan ke sejak dulu nurse ramai hijrah ke negara2 Arab
so disini lelaki tak kerja tlg jaga anak2
Quote caprut 19-5-2022 05:29 PM
AbukRokok replied at 19-5-2022 05:15 PM
mana boleh nanti beban kewangan kerajaan bertambah tinggi

Sebenanya kurangkan gaji skim yg tk pnting. Jgn da buat time based tak kisahla skim apa pon. Pastu elaun tu tgok gak kawasan. Ini dok lembah klang kjer penat sama je dgn gaji dok Baling
Quote tripleid 19-5-2022 05:33 PM
Maju makmur sungguh negeri jiran tu ye.berkat takde umno perintah 70thn
Quote pyropura 19-5-2022 06:53 PM
tripleid replied at 19-5-2022 05:33 PM
Maju makmur sungguh negeri jiran tu ye.berkat takde umno perintah 70thn

Negara PM Cina memang hebat. Melayu nya pun jauh beruntung, takde Molayoo singaporn yg.terpaksa nyeberang tambak ngemis keja kat JB kan.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.148011 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top