View: 6239|Reply: 94
|
Gaji jururawat di Singapura setaraf gaji doktor pakar di Malaysia antara punca jururawat hijrah ke sana. Kita kekurangan 18,000 jururawat
[Copy link]
|
|
Gaji setaraf doktor pakar, dorong jururawat Johor ke Singapura
Oleh Omar Ahmad - Mei 19, 2022 @ 1:00pm
JOHOR BAHRU: Sektor perkhidmatan jururawat di negeri ini, berdepan kekurangan tenaga kerja di antara 15,000 hingga 18,000 orang kerana golongan terbabit lebih tertarik untuk bekerja di Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata walaupun tiada statistik khusus jumlah golongan itu yang bekerja di republik terbabit, namun jumlahnya semakin meningkat setiap tahun.
"Ini kerana mereka mendapat tawaran yang lebih baik, kita tidak ada statistik khusus berapa ramai jururawat dan doktor kita yang bekerja di Singapura tetapi bilangannya semakin bertambah setiap tahun.
"Kita juga menjangkakan lebih ramai akan pergi bekerja di Singapura kerana nilai Ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jururawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini.
"Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila mata wang ditukar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa di sini, hari ini
Tian Soon berkata, nisbah seorang jururawat di negeri adalah untuk 297 pesakit pada masa ini, berbanding yang sepatutnya iaitu seorang bagi setiap 200 pesakit.
Katanya, beliau akan membincangkan perkara itu bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam satu pertemuan dijangka dalam waktu terdekat bagi penyelesaian masalah terbabit.
"Setakat ini jumlah perjawatan bagi jururawat di negeri ini sudah 98 peratus diisi tetapi masih lagi tidak cukup memandangkan program kesihatan dan perkhidmatan semakin bertambah selain hospital baharu yang perlukan jururawat.
"Pertemuan dengan Khairy nanti akan membincangkan kaedah serta tawaran terbaik bagi mengatasi masalah itu.
"Tahap keperluan jururawat di negeri ini masih belum kritikal tetapi ketidakcukupan itu perlu diisi supaya perkhidmatan kesihatan tidak terjejas, seterusnya khidmat diberikan dengan terbaik dan berkesan," katanya.
Untuk rekod, pada ketika ini, ada 12,533 jururawat di Johor membabitkan 8,777 jururawat di hospital kerajaan, 19 lagi berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.
sumber: bharian.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by caprut at 19-5-2022 04:09 PM
Nurse pon berani hijrah. Doktor kontrak tahu memekak je. Yela jdi doktor negara luar xdpt sgt la tnjuk lagak tnjuk eksyen doktor |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa tak nak dapat gaji tinggi kalau ada peluang pasti ramai nak rebut peluang tu |
|
|
|
|
|
|
|
i jumpa nurse baru balik dari arab saudi .. dia bagitau, gaji dia di sana convert rm15k bersih sebulan. memang dia tak mau balik keje malaysia dah. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn risau gomen dh nk amik 500k abangla...boleh la'dibuat nurse'... |
|
|
|
|
|
|
|
skim gaji masih ikut zaman tok kaduk
even ada degree pun klu x cukup kipas, folo laa skim gaji diploma
elok laa berhijrah
|
|
|
|
|
|
|
|
Beribu Jururawat Lari Kerja Di Singapura, Gaji Setaraf Doktor Pakar Di Malaysia
JOHOR BAHRU: Johor berdepan dengan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat di negeri ini setelah ramai yang berhijrah dan bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan di Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan isu tersebut.
Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja itu bukan hanya melibatkan para jururawat malah kekurangan doktor melibatkan beberapa hospital di negeri ini disebabkan menerima tawaran yang lebih baik.
Gambar Hiasan, Foto: Daily Express
Katanya, ketika ini, nisbah seorang jururawat adalah untuk 297 pesakit berbanding nisbah yang sepatutnya iaitu seorang jururawat untuk 200 pesakit.
“Kita tidak ada statistik khusus berapa ramai jururawat dan doktor kita yang bekerja di Singapura tetapi bilangannya semakin bertambah setiap tahun disebabkan menerima tawaran lebih baik.
“Kita juga menjangkakan lebih ramai akan pergi bekerja di Singapura kerana nilai Ringgit yang semakin susut ketika ini. Walaupun begitu saya percaya ramai jururawat yang masih mahu berkhidmat di negara ini.
“Difahamkan antara sebab jururawat kita berkerja di Singapura kerana menerima gaji menerima seperti gaji seorang doktor pakar di Malaysia apabila sudah ditukar matawang,” katanya ketika Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa, di sini hari ini.
Tian Soon berkata, setakat ini terdapat 12,533 jururawat di negeri ini melibatkan 8,777 jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan, 19 berstatus jururawat kontrak dan 3,737 adalah jururawat di hospital swasta.
“Jumlah perjawatan bagi jururawat di negeri ini sudah 98 peratus diisi tetapi masih lagi tidak cukup memandangkan program kesihatan dan perkhidmatan semakin bertambah selain hospital baharu yang perlukan jururawat,” katanya.
Menurutnya, pertemuan dengan Khairy nanti akan membincangkan kaedah serta tawaran terbaik bagi mengatasi masalah itu.
Jelas beliau, ini termasuk memberikan tawaran yang baik kepada jururawat dan doktor dalam masa sama menghalang mereka daripada terus berhijrah ke republik tersebut.
Antara yang akan dicadangkan dalam pertemuan itu nanti katanya, menawarkan lepasan universiti untuk mengambil kursus kejururawatan sebelum menyerap mereka dalam sektor perkhidmatan kesihatan di negeri ini.
“Tahap keperluan jururawat di negeri ini masih belum kritikal tetapi ketidakcukupan itu perlu diisi supaya perkhidmatan kesihatan tidak terjejas selain dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan,” katanya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn iols sggup tggal ank kat sini. Sbb nk ke arab saudi. Patutnya tambah nurse, kurangkan skop keje baru la nurse nak stay n tambah gaji basic tu |
|
|
|
|
|
|
|
gaji setaraf doc pakar tu sbb convert $ ke RM. mmg lar byk. tp dok sana dgn gaji misi, serba serbi mahai lbh krg jugak. unless pergi sorg, sewa bilik, mkn bercatu mmg byk la sikit dpt. |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji doktor pakar setaraf nurse sg jea. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila buat pelarasan gaji nurse yang baharu beserta insentif yang menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Supersirap replied at 19-5-2022 04:43 PM
Sila buat pelarasan gaji nurse yang baharu beserta insentif yang menarik
Kos. KKM ni byk kasta. Susah |
|
|
|
|
|
|
|
if gaji tinggi layan jaa
malaysia ni gaji rendah
kos tinggi
if xgerak xmakan maaaa |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 19-5-2022 04:39 PM
gaji setaraf doc pakar tu sbb convert $ ke RM. mmg lar byk. tp dok sana dgn gaji misi, serba serbi m ...
Selalu rumah da sedia. Bym lg benefit dorg. Tp kontrak la. Da habes kontrak or tk disambung jd misi dkt hospital private dgn gaji ciput |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh nanti beban kewangan kerajaan bertambah tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
Jururawat gred 41 kita ramai pi Singaporn/negara2 luar. Sedeh. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke sejak dulu nurse ramai hijrah ke negara2 Arab
so disini lelaki tak kerja tlg jaga anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 19-5-2022 05:15 PM
mana boleh nanti beban kewangan kerajaan bertambah tinggi
Sebenanya kurangkan gaji skim yg tk pnting. Jgn da buat time based tak kisahla skim apa pon. Pastu elaun tu tgok gak kawasan. Ini dok lembah klang kjer penat sama je dgn gaji dok Baling |
|
|
|
|
|
|
|
Maju makmur sungguh negeri jiran tu ye.berkat takde umno perintah 70thn |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 19-5-2022 05:33 PM
Maju makmur sungguh negeri jiran tu ye.berkat takde umno perintah 70thn
Negara PM Cina memang hebat. Melayu nya pun jauh beruntung, takde Molayoo singaporn yg.terpaksa nyeberang tambak ngemis keja kat JB kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|