Kematangan membuatkan pelakon Ruhainies kini sedar mengenai apa yang patut atau tidak dikongsikan kepada umum.
Menginjak usia 28 tahun, Ruhainies kini memilih untuk mengutamakan perkongsian mengenai kerjayanya berbanding hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Mr. E. "Saya banyak belajar sebenarnya. Mungkin dahulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia merupakan cinta pertama saya. "Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga. Namun begitu, semakin menginjak usia, semakin saya sedar, ada perkara yang perlu saya simpan. "Kini saya lebih selesa berkongsi perihal kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati," katanya. Seiring azam baru itu, Ruhainies juga enggan mengulas lanjut mengenai soal jodoh. Katanya, biar keluarga saja mengetahui kisah jodoh dan perkahwinannya.
|
ADVERTISEMENT