Anna Jobling, 22, sudah lali berdepan tanggapan dirinya terlalu 'mat salih' namun baginya ia bukan isu besar untuknya menonjolkan diri sebagai pelakon Melayu.
Pelakon kacukan Inggeris-Melayu terbabit juga sebolehnya ingin utamakan watak yang memerlukan dia bertutur bahasa Melayu sepenuhnya dan bukan skrip bahasa Inggeris. "Sejak kecil lagi, saya sering diberitahu 'you're too white' apabila menjayakan komersial TV. Sebelum ini pun, saya akui memang tak pandai langsung cakap bahasa Melayu. "Tapi sekarang bukan isu pasal saya terlalu 'mat salih' atau tidak. Asalkan boleh membawa watak dengan baik, itu lebih penting," katanya.
Menurut Anna, di awal pembabitannya sebagai pelakon juga sebenarnya agak terhad kerana sering diberikan watak yang bertutur bahasa Inggeris.
|
Pak.dolla replied at 19-5-2022 01:31 PM
Kakak aku kata muka dia macam kudsia kahar...sapa itu kudsia kahar ha?
Pak.dolla replied at 19-5-2022 01:31 PM
Kakak aku kata muka dia macam kudsia kahar...sapa itu kudsia kahar ha?
MsJules replied at 19-5-2022 05:56 AM
Radio Announcer zaman dulu kala. Best dia ni.
HelgaPataki replied at 19-5-2022 06:00 AM
Haah la, ada imbas jugak dgn Kudsia Kahar haha.
Pak.dolla replied at 19-5-2022 05:31 AM
Kakak aku kata muka dia macam kudsia kahar...sapa itu kudsia kahar ha?
prince_marhaen replied at 19-5-2022 06:33 AM
more tu muka kacukan singh / punjabi je pun... buang mekap, mekap biasa tu nampak je muka Melayu. M ...
Pak.dolla replied at 19-5-2022 02:38 PM
Sekarang dia sudah pencen ka?
Khudsia
ADVERTISEMENT