CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7175|Reply: 63

Terlalu Mat Salih, Anna Jobling Teringin Jadi Lebih Melayu

[Copy link]
Post time 19-5-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Anna Jobling, 22, sudah lali berdepan tanggapan dirinya terlalu 'mat salih' namun baginya ia bukan isu besar untuknya menonjolkan diri sebagai pelakon Melayu.


Pelakon kacukan Inggeris-Melayu terbabit juga sebolehnya ingin utamakan watak yang memerlukan dia bertutur bahasa Melayu sepenuhnya dan bukan skrip bahasa Inggeris.


Foto: IG




"Sejak kecil lagi, saya sering diberitahu 'you're too white' apabila menjayakan komersial TV. Sebelum ini pun, saya akui memang tak pandai langsung cakap bahasa Melayu.


"Tapi sekarang bukan isu pasal saya terlalu 'mat salih' atau tidak. Asalkan boleh membawa watak dengan baik, itu lebih penting," katanya.


Menurut Anna, di awal pembabitannya sebagai pelakon juga sebenarnya agak terhad kerana sering diberikan watak yang bertutur bahasa Inggeris.




  



"Awal dulu, saya banyak karakter yang cakap inggeris sepenuhnya. Tapi sekarang saya memang nak sangat watak yang betul-betul Melayu dan skrip sepenuhnya Melayu.


"Kalau ada skrip inggeris pun, biarlah sedikit saja, saya okay," katanya.


Anna juga menolak untuk cipta kontroversi demi menaikkan namanya. Dia lebih suka reputasi kerjanya menjadi bualan tanpa perlu sebarang kontroversi.




  



"Saya tidak kisah kalau naik secara perlahan tapi konsisten. Saya tak nak naik secara mendadak hanya kerana kontroversi tapi selepas itu jatuh menjunam sekelip mata," katanya.


Anna ditemui pada sidang media maya drama lakonan terbarunya berjudul Melur Untuk Firdaus. Dia bergandingan dengan Merqeen untuk drama tayangan di TV3 terbabit.




  



Diarahkan Zamri Zakaria, drama itu akan mula ditayangkan pada 27 Mei itu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Drama itu adalah adaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 11:43 AM | Show all posts
so english tu kat mane?.....nama?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:01 PM | Show all posts
ooo dia muslim lah kiranya ya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde la nmpk putih sgt pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh..amelia tu helok je..tp takes time la nak naik
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak aku kata muka dia macam kudsia kahar...sapa itu kudsia kahar ha?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan je tgk dia ni.personaliti yg membosankan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:44 PM | Show all posts
Sheols ruper matured sangat. Kemarin sheols blakon sebaris ritrude ngan umiebotox ber-BFF, ingat umur pun dekat nak sama dah.

Pepun sheols cantek, cuma aura dia kureng la for Pan-asian. Tak selawa Amelia atau secomel Hannah Delisha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 01:56 PM | Show all posts
Pak.dolla replied at 19-5-2022 01:31 PM
Kakak aku kata muka dia macam kudsia kahar...sapa itu kudsia kahar ha?

Radio Announcer zaman dulu kala. Best dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 01:56 PM | Show all posts
Cantik juga dia ni.. Muka sepesen ngan mix mix mat salleh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:00 PM | Show all posts
Pak.dolla replied at 19-5-2022 01:31 PM
Kakak aku kata muka dia macam kudsia kahar...sapa itu kudsia kahar ha?

Haah la, ada imbas jugak dgn Kudsia Kahar haha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:02 PM | Show all posts
Nak kata terlalu mat saleh tu, Siti Saleha lagi nampak omputih kot compare dgn dia ni. Dia ni mix gaya saing2 Amelia je, boleh ja Amelia tu ngetops jd heroin drama bagai. Kena pandai cari peluang je dikkk, kalau berlakon best, org amik lewww. Jangan dilupakan kumpul followers ig lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:33 PM | Show all posts
more tu muka kacukan singh / punjabi  je pun... buang mekap, mekap biasa tu nampak je muka Melayu. Melayu yang lawa lah... tapi boleh je bawak watak kampung-kampung, kena kreatif lah...ingat perempuan kampung takde yang lawa ke? melambak lagi ye... pakai tudung bawal tu keluar lah muka melayu kau dik....takyah nak feeling too white sangat lah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
MsJules replied at 19-5-2022 05:56 AM
Radio Announcer zaman dulu kala. Best dia ni.

Sekarang dia sudah pencen ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
HelgaPataki replied at 19-5-2022 06:00 AM
Haah la, ada imbas jugak dgn Kudsia Kahar haha.

Kakak aku kata..hidung depa sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:46 PM | Show all posts
Pak.dolla replied at 19-5-2022 05:31 AM
Kakak aku kata muka dia macam kudsia kahar...sapa itu kudsia kahar ha?

pelakon era tahun 2000 dan juga penyampai radio
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2022 02:48 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 19-5-2022 06:33 AM
more tu muka kacukan singh / punjabi  je pun... buang mekap, mekap biasa tu nampak je muka Melayu. M ...

nanti jadi mcm nadia brain . watak kg hancur sangat sebab dah buang makeup
lepas cerai memanjang jadi perempuan kg jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:50 PM | Show all posts
kudsiar kahar versi dah pakai drip .... btw mak dia indon ye
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde lah rupe mat saleh sgt.....cume dia ni jarang senyum....cube takyah kontrol cun sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2022 02:52 PM | Show all posts
Pak.dolla replied at 19-5-2022 02:38 PM
Sekarang dia sudah pencen ka?

Baru umo awal 50-an rasanya.
Last skali jadi big boss kat Astro Radio.

Skarang ni rasanya dia bukak training and consultancy firm.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070171 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list