Tular sekeping foto memaparkan senarai harga 'tempahan kepungan kubur dan set nisan' di Twitter sehingga menjadi perbualan ramai.
Jenis kepungan yang diperbuat daripada marmar (marble) ditawarkan pada harga RM2,700 bagi jenazah dewasa dan RM1,450 bagi jenazah bayi. Jenis kepungan jubin (tiles) pula berharga RM1,500 untuk jenazah dewasa dan RM900 untuk jenazah bayi. Jenis terakhir iaitu simen (terazo) pula dibuat pada harga RM1,000 untuk jenazah dewasa dan RM500 bagi jenazah bayi.
Pada papan iklan berkenaan, turut tertera logo Majlis Perbandaran sebuah kawasan dalam Selangor serta nombor telefon dan alamat laman sesawang mereka. "Dapatkan borang permohonan sekarang," tulis ayat pada papan iklan tersebut. Untuk rekod, foto berkenaan dikongsi oleh seorang peguam dan aktivis, Azira Aziz menerusi akaun Twitter @ladymissazira. Di ruangan balas, ramai netizen turut memberikan pendapat mereka berhubung senarai harga berkenaan. Malah, ada segelintir individu turut berkongsi foto pusara ahli keluarga mereka dihias ringkas hanya dengan batu sungai dan pokok. "Arwah ayah, kami guna batu sungai je. Arwah pernah cakap kalau dia meninggal jangan buat kubur dia guna batu nisan. Guna batu sungai. Buat rendah-rendah, jangan buat kerusi untuk orang ziarah duduk. Arwah cakap tak nak kacau hak orang lain. "Tanah wakaf ni untuk orang ramai. Lepas jenazah tu dah hancur orang lain pula nak guna tanah tu. Nak buat batu nisan pun berpada je la. Kalau tanah sendiri lainlah cerita. Itu pun tak dibenarkan syarak menghias kubur berlebihan. "Kubur arwah atok hanya letak pokok bunga puding kanan kiri. Kubur pun dah rata disebabkan tadahan air hujan, tanah mendap. Pihak masjid nak buat macam ada nampak kubur sikit, tambun tanah tapi family tak bagi, cukuplah ratakan dan tandakan dengan pokok je. Memadai dah. "Dah mati pun kos. Hidup susah mati pun susah," tulis beberapa netizen. Semakan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menyatakan larangan ke atas perbuatan tersebut. Sumber: mStar
|
bakingsoda replied at 19-5-2022 09:27 AM
ummah sendiri yg suka munyusahkan, nak salahkan org lain lak. tanda tu tak penting pon guna ape, cum ...
bulalof replied at 19-5-2022 01:08 AM
dah jd perniagaan. kesian lagi kaum cina, lagi mahal kos mereka utk dptkan lot kubur.
zorrro_03 replied at 19-5-2022 09:11 AM
tak payah mati lah kalau gitu.
epullipan replied at 19-5-2022 10:56 AM
perlu ke sampai bermable marble marmar bagai...my late father pon pesan xnak ade kepok bagai..just h ...
ADVERTISEMENT