CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Maut Bangunan Runtuh Akibat Tong Gas Meletup

19-5-2022 07:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 491| Komen: 0

Sembilan maut dalam satu kejadian letupan silinder gas di Kano, utara Nigeria.

Menurut pasukan penyelamat dan saksi, kejadian itu menyebabkan bangunan berhampiran pasar yang popular di wilayah itu, runtuh.


Memetik laporan Al Jazeera, insiden tersebut berlaku di kawasan Sabon Gari, kelmarin.



Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Mustapha Habib Ahmed berkata, sebuah tong gas di kedai kimpalan meletup sehingga mengorbankan sembilan mangsa.

Pasukan kecemasan mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan bangunan semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa.


Sementara itu, saksi berkata, ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka dari sebuah sekolah berhampiran setelah mendapat tahu mengenai insiden letupan itu.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan pelajar sekolah tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.033716 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top