CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Sekolah Cipta Rekod Dunia Jalan Atas Tali Pakai Kasut Tumit Tinggi 10cm

19-5-2022 07:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1104| Komen: 1

Description: Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Vermont, Amerika Syarikat secara tidak rasmi memecah Guinness World Records apabila berjalan di atas tali sejauh hampir 195 meter sambil memakai kasut ...
Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Vermont, Amerika Syarikat secara tidak rasmi memecah Guinness World Records apabila  berjalan di atas tali sejauh hampir 195 meter  sambil memakai kasut tumit tinggi, lapor agensi berita United Press International, kelmarin.


Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Vermont, Amerika Syarikat secara tidak rasmi memecah Guinness World Records apabila  berjalan di atas tali sejauh hampir 195 meter  sambil memakai kasut tumit tinggi, lapor agensi berita United Press International.


Kredit foto: FB Windham Northeast Supervisory Union

Ariana Wunderle, pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Bellows Falls Union melakukan aksi pada ketinggian 1.8 meter itu sambil memakai kasut dengan tumit setinggi 10 sentimeter.


Dia berjalan di atas kabel sebanyak 52 kali dengan catatan jarak hampir 195 meter.

Ia sekali gus memecahkan rekod terdahulu yang dicipta seorang artis persembahan dari Rusia, Oxana Seroshtan pada tahun 2014. Oxana berjalan di atas tali sejauh 14.9 meter menggunakan kasut tumit tinggi.

Aksi Wunderle itu dilakukan bagi mengumpul dana sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan untuk golongan belia, Circus Smirkus.


Loading FB Post...

Rakaman percubaan memecah rekod itu juga telah dihantar kepada Guinness World Records untuk pengiktirafan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rajawali 19-5-2022 07:59 AM
aku percaya ramai bani melayu akan kagum dengan berita ni sbb pelakunya bangsa kokosen...cuba kalau minah melayu yang buat...berminggu kena kecam

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050352 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top