"Bila ingat balik gilalah, sangat penat," kata pelakon Hairul Azreen yang perlu membina badan dan menjaga diet selama lima bulan bagi menjayakan filem The Assistant.
Hairul, 34, atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, dia juga perlu menurunkan berat badan dari 74kg hingga 64kg. "Terus terang saya cakap, sakit apabila buat badan untuk filem ini. Saya kena diet dan kena berlawan dalam keadaan yang lapar. Saya kena tahan semua ni selama lima bulan sebab tiga bulan menjalani latihan dan dua bulan penggambaran.
"Berat badan normal 74kg, saya turunkan berat untuk watak Feroz sampai 64kg hingga cengkung pipi. Bayangkan anda lapar tapi kena kerja. Macam tu perasaan saya, lapar tapi kena berlakon. Tapi ini semua bukan untuk minta simpati tetapi kalau bukan anda sokong filem tempatan siapa lagi," katanya. Menurut Hairul dia bersama pengarah, Adrian Teh, pelakon lain dan seluruh pasukan sudah buat yang terbaik untuk filem The Assistant.
|
dreamcatcher replied at 19-5-2022 08:26 AM
Nampak over plak laki bini ni jalan kat red carpet.
nellyberry replied at 19-5-2022 09:13 AM
Gigih berjelujur igs keknis menayang suami kat red carpet.padahal pelakon lain, relax je.
awex^returns replied at 19-5-2022 09:37 AM
keknis kan perasan laki dia tu artis fofuler seantero dunia
walaupun sebenarnay kalau dia takde la ...
Pak.dolla replied at 19-5-2022 09:43 AM
Ini lakibini berlakon mcm kayu jati xda pulak org nak kutuk....mana pigi itu boy..(boyan) singaporn ...
"Berat badan normal 74kg, saya turunkan berat untuk watak Feroz sampai 64kg hingga cengkung pipi. Bayangkan anda lapar tapi kena kerja. Macam tu perasaan saya, lapar tapi kena berlakon. Tapi ini semua bukan untuk minta simpati tetapi kalau bukan anda sokong filem tempatan siapa lagi," katanya.
kotakominami replied at 19-5-2022 02:55 PM
Aii.. bukan laki bini jual produk kurus je...tak payah la diet...mintak je minyak kurus dgn keknis.. ...
ADVERTISEMENT