Pelawak dan Penyampai Radio ERA fm, Johan Raja Lawak menjadi bualan netizen apabila tular kisah mengenai dirinya yang menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang mengalami masalah akibat kenderaan rosak di tepi jalan. Kisah tersebut dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nor Akmar Qaseh yang menceritakan kereta miliknya tiba-tiba rosak ketika dalam perjalanan pulang dari Chowkit dan tidak menyangka bahawa lelaki yang berhenti menawarkan bantuan itu adalah pelawak terkenal tanah air. "Balik dari Chowkit kereta breakdown tepi jalan. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta putih dekat kami. Dia bertanya kepada en suami kenapa?" "En suami tercengang sekejap. Tak sangka yang bertanya tu Johan Rajalawak. Dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke. En Suami yg masih terkejut menjawab tak ada apa-apa.
Bukan sahaja menawarkan bantuan, malah Johan sempat menghulurkan duit raya kepada anak-anak mereka. "Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta lalu meluru kedalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman. Aku yg dalam kereta tambah2 terkejut la lihat dia tiba2 depan mata." "Betul orang kata..dia memang baik hati. Tu sebab rezeki dia murah" kata Nor Akmar. Loading FB Post... Meninjau di ruangan komen, netizen memuji sifat budi pekerti pelawak terkenal ini malah ramai yang berkongsi pengalaman bertembung dengan selebriti ini dan mengakui Johan dan isteri memang seorang yang tak sombong serta pemurah. |
Perawankota: Dia, mmg baik.. Tapi aku x ber ...
Perawankota: Dia, mmg baik.. Tapi aku x berkenan bininya ituuu.. Nmpk rempit sgt
Belibis replied at 19-5-2022 07:17 AM
Tapi watak sumaiyah dalam 'misteri jenazah ' macam ok jer.lembut jee gayanya.
uda replied at 19-5-2022 10:39 AM
Alhamdulillah. Semoga Allah murahkan lagi reseki dia sekeluarga.
Tak macam sorang artis ni. Tarik m ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060433 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.