CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Respect Orang Macam Ni" - Pengutip Sampah Tabah Hadap Bau Busuk Dan Sapu Ulat

19-5-2022 10:41 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1260| Komen: 3|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Anak Tioman Cover


Sudah menjadi satu kewajipan kita sebagai seorang manusia untuk bekerja bagi menyara diri serta ahli keluarga kita. Tidak kira apa jua pekerjaan, janji ia halal untuk membantu ahli keluarga kita. 

Namun, terdapat segelintir pihak yang suka memandang rendah terhadap kerja orang lain tanpa mengetahui apakah cabaran dugaan yang perlu individu itu lalui.


Sama seperti kisah yang dikongsikan lelaki ini mengenai realiti kehidupan apabila dia bekerja sebagai seorang  pengutip sampah. 

Kisah itu dimuat naik oleh lelaki itu sendiri menerusi akaun Tiktoknya yang bernama anaktiomancover. Dia menunjukkan beberapa prosedur untuk membersihkan longgokan plastik sampah dan berkata, mereka memeriksa secara teliti setiap barang sebelum proses pelupusan dibuat.


Walaupun sudah terbiasa dengan keadaan itu, namun banyak cabaran dilaluinya. 

Menerusi video lain, kelihatan lelaki itu sedang menyapu ulat sampah yang memenuhi kawasan berkenaan. Walaupun terpaksa berdepan dengan bau sampah yang busuk, namun lelaki itu serta rakan-rakannya tabah demi mencari sesuap nasi untuk keluarga masing-masing.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa pekerjaan lelaki itu patut dipuji kerana tidak semua orang boleh bekerja dalam keadaan itu. - CARI

Sumber: Instagram Anak Tioman Cover

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-5-2022 04:37 PM
Sebab tu di Jepun masyarakatnya hormat pada golongan macam ni tampa mereka susah mereka nak uruskan sampah
Quote che-cikL 21-5-2022 06:00 PM
Setuju, kita kena hormati mereka. Tgk budak2 yg angkut sampah bergayut belakang lori tu kadang2 tak pakai mask, kental betul diorang. Respect sungguh.
Quote ezacbee 22-5-2022 11:48 AM
Sepatutnya gaji kena tinggi. Bukan semua orang mampu kerja ni.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038336 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top