CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bertahun Cuba Lompat Jauh, Netizen Sebak Cikgu Bantu Capai Impian Murid OKU

19-5-2022 07:47 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 979| Komen: 9|Original author: Cinta Erina

Description: Tidak semua orang dilahirkan sempurna. Kadang-kala, kekurangan pada diri seseorang menyebabkan mereka sukar menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Sumber: Tiktok Haikal


Tidak semua orang dilahirkan sempurna. Kadang-kala, kekurangan pada diri seseorang menyebabkan mereka sukar menjalani kehidupan normal seperti orang lain. 

Tetapi, masalah itu akan dapat diselesaikan jika mereka mendapat bantuan dan sokongan daripada orang sekeliling. Itulah yang terjadi dalam kisah ini yang memberi inspirasi kepada ramai orang. 


Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai Haikal Ackn, menunjukkan situasi riuh apabila sekumpulan murid sekolah rendah sedang bersukan dalam acara lompat tinggi. 



Tetapi apa yang mencuri tumpuan netizen adalah seorang pelajar OKU yang kelihatan berlari untuk mencuba aktiviti lompat tinggi itu.

Suasana yang riuh pada awalnya bertukar sebak apabila seorang guru setia menunggu pelajar itu di palang lompat tinggi. Dia membantu pelajar itu untuk melepasi palang tersebut dan menerima sorakan daripada para pelajar lain. 

Siapa sangka akhirnya impian pelajar tersebut akhirnya tercapai denga pertolongan guru itu selepas hampir beberapa tahun mencuba.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dan terharu apabila melihat tindakan guru itu kerana tidak membuatkan pelajar berkenaan berasa 'terasing' dek fizikalnya yang tidak sempurna. - CARI

Sumber: Tiktok Haikal


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 19-5-2022 09:45 AM
Selamat hari guru...
Quote azie5zoe 19-5-2022 09:58 AM
Alamak..tetiba iols rasa mata ni berair pulak.
Quote elnor_81 19-5-2022 10:10 AM
Gitu la cikgu..garang cmne pun..dlm ati ad taman.
Quote azlinahmad 19-5-2022 10:17 AM
terbaik guru...Selamat Hari Guru
Quote chinta89 19-5-2022 10:50 AM
Selamat Hari Guru Cikgu
Quote raxief 19-5-2022 02:43 PM
aku percaya ramai cikgu yg baik mcm ni

yg hawau tu segelintir je
Quote Artemesiaa 19-5-2022 04:35 PM
Pasti murid seronok dapat guru sepertinya
Quote airmineral 19-5-2022 04:49 PM
org hati baik je layak jadi cikgu
Quote zehra2 19-5-2022 08:47 PM
murid ppki ni. bila merentas desa cgu nya pun lari sama. ada yg tolak kerusi roda. janji sama dirai di garisan penamat

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043268 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top