Baru-baru ini di Kota Malang, Indonesia, seorang lelaki dengan berat badan 275Kg cedera selepas tali lif yang dinaikinya putus dan mengalami patah tulang betis. Memetik Tun Carlos, mangsa yang bernama Dwi Ariesta Wardhana berusia 38 itu terjatuh di lif dari tingkat dua dengan ketinggian tiga meter. Difahamkan, Dwi yang mahu menaiki lif yang baru direnovasi itu. Tetapi, apabila dia mahu menekan butang lif itu, secara tiba-tiba tali lif itu terputus dan membuatkan Dwi terjatuh sehingga dua tulang betisnya patah, Dwi dikejarkan ke Hospital Saiful Anwar untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Difahamkan, misi untuk menyelamatkan Dwi dan mengangkatnnya memerlukan 12 anggota bomba dan terpaksa menggunakan tali "webbing" berserta papan tripleks setebal 18 milimeter untuk mengangkat mangsa itu. -CARI |
ADVERTISEMENT