CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dimarahi Suami Akibat Habiskan Duit Simpanan, Ibu Tergamak Bunuh Anak 3 Tahun

18-5-2022 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1105| Komen: 3

Description: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan tujuh bulan ditemui mati di sebuah bilik hotel, dipercayai dibunuh ibu kandung.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan tujuh bulan ditemui mati di sebuah bilik hotel, dipercayai dibunuh ibu kandung.

Kejadian berlaku di daerah Gajahmungkur di Jawa Tengah, Indonesia, pada Selasa minggu lalu.

Tertuduh berusia 35 tahun itu mendedahkan dia dihalau suami yang memarahinya kerana menghabiskan wang simpanan mereka berjumlah Rp 38 juta (RM11,381) untuk membayar hutang pinjaman dalam talian.


Foto: Kompas

Wanita itu bagaimanapun menafikan membuat pinjaman itu, sebaliknya rakannya menggunakan maklumatnya untuk berbuat demikian.


Hutang pinjaman itu berjumlah Rp 12 juta (RM3,594) yang dimohon menggunakan maklumat atas namanya.

"Selama tujuh tahun suami saya tidak pernah marah. Baru-baru ini dia marah," katanya ketika ditemui pada sidang media, pada Rabu.

Kerana takut dengan suaminya, tertuduh membawa lari anak sulungnya dan meninggalkan anak bongsu berusia 11 bulan di rumah.

Berasa tertekan, dia berniat membunuh dirinya dan anaknya di bilik hotel.

"Fikir untuk pulang ke rumah, saya tidak berani. Saya mahu mati bersama. Tapi saya dapat diselamatkan," katanya.

Menurut tertuduh, dia menekup muka anaknya yang sedang tidur sehingga mati.

Dia kemudian cuba membunuh diri dengan meminum air sabun dan menjerut lehernya menggunakan tuala.

Wanita itu bagaimanapun hanya pengsan sebelum ditemukan oleh petugas hotel.

Menurut polis Semarang, berdasarkan keterangan suami tertuduh, isterinya sebenarnya menghabiskan wang simpanan keluarga berjumlah Rp 1.25 bilion (RM374,140).

Wang tersebut digunakan untuk percutian bersama keluarga tanpa pengetahuan suami dan digunakan untuk membeli-belah secara dalam talian.

Ketika bercuti, isterinya berbohong dengan mengatakan percutian itu menggunakan harga diskaun.

Tambah polis lagi, wanita itu berdepan dengan pertuduhan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda. -CARI

Sumber: mStar/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-5-2022 06:25 PM
Bukan selesaikan masaalah tambah masaalah baru lagi ada
Quote hareeeesah 18-5-2022 06:30 PM
Ko t20 holiday sampai billion hehhe
Quote rosedemon 19-5-2022 10:19 AM
xbijak akak ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.043462 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top