Kemunculan Sharul Aimy di Sukan Sea 31 di Vietnam benar-benar menjadi tumpuan para peminat Sukan. Tambahan lagi, kejayaan beliau menambah mata Emas buat Malaysia membuatkan dirinya menjadi sebutan rakyat Malaysia.
Namun, dia bukan sahaja mencuri tumpuan kerana bakatnya dalam gimnastik artistik lelaki. Ini terbukti setelah melihat komen di Twitter, ramai memuji ketampanan Sharul dan memberi semangat kepadanya.
Malah, peminat sukan dari Vietnam juga meminati Sharul dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya. Tak kurang juga ada yang kagum dan memuji Sharul kerana sentiasa menjaga penampilan diri walaupun berada di gelanggang. Ketika dia beraksi, Sharul sempat membetulkan rambutnya supaya sentiasa dalam keadaan rapi. Untuk info, Sharul Aimy atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Aimy Kamarul dilahirkan pada tahun 2001 dan kini berusia 22 tahun. Beliau dilahirkan di Terengganu dan beberapa kali mewakili Malaysia bagi acara gimnastik lelaki. Sebagai rekod, Sharul pernah membawa pulang perak dalam acara melombol (vault) pada kejohanan Egyptian Pharaohs Cup 2021 di Mesir, Disember lalu. Sumber: Murai
|
VioletsAre_Blue replied at 18-5-2022 11:43 AM
Macam syed sadiq
bakingsoda replied at 18-5-2022 11:59 AM
ramai bethol atlet muka seiraskan
sadik - lompat pagar
bakingsoda replied at 18-5-2022 11:59 AM
ramai bethol atlet muka seiraskan
sadik - lompat pagar
Artemesiaa replied at 18-5-2022 02:09 PM
Ramai yang minat sebab muka bukan sebab bakat
TomyamPuteh replied at 18-5-2022 03:28 PM
@Kurex tersenyum manis
TomyamPuteh replied at 18-5-2022 03:28 PM
@Kurex tersenyum manis
TomyamPuteh replied at 18-5-2022 03:28 PM
@Kurex tersenyum manis
VioletsAre_Blue replied at 18-5-2022 11:43 AM
Macam syed sadiq
ADVERTISEMENT