Maszlee Malik didakwa menjatuhkan lagi martabatnya apabila berkongsi foto dari sumber yang tidak sah yang bertujuan mahu memperkecilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melawat Amerika Syarikat baru-baru ini.
Sedang foto berkenaan telah diedit dengan dibuang gambar Ismail Sabri dan apabila ada pihak yang menjawab di twitternya serta meletakkan gambar sebenar yang tidak diedit, ternyata ia adalah satu fitnah. Maka menggelupurlah Maszlee memadam hantarannya tanpa rasa tanggungjawab untuk memohon maaf atas fitnah yang telah disebarkannya. Itulah tahap pemikiran Maszlee yang kini hanya sama seperti netizen yang bertebaran di alam maya yang berkongsi sesuatu tanpa diperiksa kesahihan sumbernya.
Sumber: Suara Merdeka
|
ADVERTISEMENT