CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Bilik Taj Mahal 'Kekal' Berkunci

18-5-2022 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2707| Komen: 17

Rahsia lebih 20 bilik di Taj Mahal masih belum terungkai selepas petisyen untuk membukanya ditolak Mahkamah Tinggi di India.

Ahli parti pemerintah Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Khamis gagal dalam petisyen untuk mendapat kebenaran mahkamah bagi membuka puluhan bilik yang terdapat di monumen terkenal dunia itu.


Kredit foto: Metrosaga

Lebih 20 bilik di Taj Mahal itu 'kekal' berkunci dan petisyen itu dibuat kerana mahu mengetahui lebih lanjut sejarah asal pembinaan bangunan itu.

Rajneesh Singh memaklumkan kepada mahkamah beliau mahu mengesahkan dakwaan ahli sejarah dan ahli agama bahawa bilik itu menempatkan tempat suci kepada Shiva, tuhan bagi agama Hindu.


Monumen hebat ini dibina menggunakan bata, batu pasir merah dan marmar putih serta terkenal dengan kerja ukiran yang rumit menjadikan ia tarikan pelancong terbesar di India.

"Kita semua perlu tahu apa yang ada di sebalik puluhan bilik itu," katanya di mahkamah.

Banyak bilik yang masih kekal berkunci sehingga kini terletak di tingkat bawah tanah bangunan itu.

Pihak berkuasa terkemuka dalam seni bina Mughal dan pengarang kajian Taj Mahal, Ebba Koch melawat dan merakam gambar bilik dan laluan dalam monumen itu ketika penyelidikannya.

Bilik ini adalah sebahagian ruang bawah tanah bagi menghadapi musim panas.

Galeri di bahagian kawasan tepi sungai monumen itu mempunyai beberapa buah bilik.

Koch menemui 15 bilik yang dibina pada laluan sama di kawasan mengadap sungai, selain koridor yang sempit.

Terdapat tujuh bilik yang lebih besar pada sudut setiap sisi, enam bilik bersegi dan dua bilik berbentuk oktagon atau lapan sisi.

Bilik terbesar menghadap sungai dengan pemandangan pintu gerbang yang memukau.


Kredit foto: Metrosaga

Koch menyedari bilik itu menunjukkan 'kesan hiasan yang dicat putih' yang terdapat corak berjaring disusun di antara bulatan sepusat bintang dengan ukiran di tengah.

"Ia pastinya ruang yang indah dan menjadi tempat kepada maharaja, wanita dan rombongannya ketika melawat makam.

"Ia kini tidak ditembusi cahaya semula jadi," kata Koch yang juga pensyarah bidang seni Asia di Universiti Vienna.

Galeri bawah tanah seperti itu biasa dalam seni bina Mughal kerana terdapat beberapa bilik berkubah yang terletak di tepi pantai di kubu di bandar Lahore, Pakistan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 18-5-2022 09:12 AM
ada chandramukhi dalam tu..
Quote helicornia 18-5-2022 09:21 AM
Tempat tuhan Hindu apanya.keliling dinding Taj mahal tu penuh ukiran ayat quran.sebelah Taj mahal tu masjid.saja nk cari gaduh puak2 ni
Quote Dwdrum 18-5-2022 09:27 AM
Tidak habis lagi mahu claim taj mahal itu kuil
Quote prince_marhaen 18-5-2022 09:42 AM
nak claim ada tohan dia pastu nak kikis sikit2 imej tamadun islam dekat yindia tu...takleh terima kenyataan kegemilangan bangsa, agama & budaya lain selain kepala putar diorang.
Quote syamzana 18-5-2022 09:44 AM
berkulat kulapuk serba ada dalam tu agaknya dah x ditembusi cahaya.
tp taj mahal ni betul2 la indah bg iols dari pandangan building tu saje la. tgk kiri kanan blkg
dah pandangan iols terhadap building ni terjejas. belum lagi pencuri pantang tgl selipar kat tepi laju je disauknya depan kite plak tu
Quote naina 18-5-2022 10:20 AM
Edited by naina at 18-5-2022 01:39 PM

Baca statement atas tu aku confuse plak taj mahal ni kisah cinta maharaja muslim ke yindia. Siap ada Tuhan berhala bagai dalam tu. Oi rumah agama korang kan kuil patung berkepala bintang. Bukan kubah tersergam indahh
Quote copy_paste 18-5-2022 10:42 AM
la ade bilik ke,aku ingtkan kosong lompong je hahaha
Quote bulalof 18-5-2022 10:47 AM
muslim tapi berbangsa india. mesti ada campuran dgn dia punya budaya. mcm muslim berbangsa melayu, ada juga campur aduk dgn budaya serba sedikit.
Quote mizruncing 18-5-2022 10:55 AM
mmg takde waris ehh taj mahal ni? jadi rebutan plak puak2 tu sebok nk tau apa ada dlm tu
Quote Decaffeinated 18-5-2022 11:08 AM
Rajneesh Singh memaklumkan kepada mahkamah beliau mahu mengesahkan dakwaan ahli sejarah dan ahli agama bahawa bilik itu menempatkan tempat suci kepada Shiva, tuhan bagi agama Hindu.

Why not? Once and for all.

Memula baca aku ingat nak buka pada public. Pelik juga kalau jaga pun tak boleh masuk. Ada kunci kan?
Quote Decaffeinated 18-5-2022 11:13 AM
helicornia replied at 18-5-2022 09:21 AM
Tempat tuhan Hindu apanya.keliling dinding Taj mahal tu penuh ukiran ayat quran.sebelah Taj mahal tu ...

Aku OK ja kasi dia tengok dalam bilik tu. Let the world know.

Kalau dalam gua Batu Caves ada bilik terkunci pun aku sokong ja buka mana tau jumpa masjid ka




Quote Decaffeinated 18-5-2022 11:18 AM
naina replied at 18-5-2022 10:20 AM
Baca statement atas tu aku confuse plak tak mahal ni kisah cinta maharaja muslim ke yindia. Siap ada ...

Tak pernah dengar istilah 'India muslim'?

Btw muslim population di India lebih kurang sama ramai dgn Pakistan.


Quote epullipan 18-5-2022 05:19 PM
dia tu makam kan..lebih kurang piramid la makam ade bilik2 gitu
Quote airmineral 18-5-2022 05:23 PM
cantikkk teringin nak pegi[em:17:]
Quote Artemesiaa 18-5-2022 05:30 PM
Mula dah nak claim macam2.  Nak tengok sangat apa dalam tu ulur ler kemera cinonet macam mereka guna untuk check bilik kat pyramid tu.  
Quote Kurex 18-5-2022 05:34 PM
Salah satu leluhur yg suka claim
Quote zorrro_03 18-5-2022 07:11 PM
hindu nak jadikan isu ni kes perkauman ke?  puak2 bodo ni rela je jahanamkan icon ni demi kepuasan bodoh depa yang pantang nampak pokok nak pacak...  

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065289 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top