CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertelan Batang Swab Ketika Buat Ujian Kendiri

18-5-2022 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1028| Komen: 6

Seorang pekerja pusat penjagaan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan batang ujian calitan Covid-19 sepanjang enam inci.


Bobby Lee, 31, pada mulanya melakukan ujian kendiri selepas berasa tidak sihat pada 20 April lalu, lapor Metro.co.uk.


Kredit foto: SWNS

Entah bagaimana, ketika cuba mengambil sampel di bahagian kerongkong, batang 'swab' tersebut tersekat di dalam mulutnya.

Tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya, Bobby cuba untuk menelan batang tersebut.

"Batang itu tersangkut di belakang tekak. Saya cuba mengeluarkannya tetapi tidak berjaya, jadi saya fikir saya perlu mencuba dan menelannya.

"Apabila telan, ia turun sedikit, tetapi hanya masuk separuh ke dalam tekak saya," cerita ibu dua anak dari County Durham itu.

Bobby mendedahkan dia turut mengalami kesukaran untuk bernafas dan bimbang nyawanya melayang gara-gara tertelan batang 'swab' itu.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia bergegas mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 18-5-2022 09:16 AM
Ya amponm....ko dah kenapa kelam kelibut buat kerja sampai tertelan btg swab
Quote Nnasda53 18-5-2022 09:19 AM
Bijak beno pun.
Ingat telan batang swab tu boleh jadi najis.
Quote musangbodoh 18-5-2022 10:21 AM
pompuan alwayz btol....
Quote Decaffeinated 18-5-2022 10:30 AM
Macam tercekik tulang, bila terasa dah halfway it's a difficult decision nak telan ka nak korek. Most people naturally akan telan, and then it got stuck.
Quote puanbintang 18-5-2022 02:43 PM
aduhaiii..naya sungguh
Quote Artemesiaa 18-5-2022 05:51 PM
Jolok tekak sambil mendongak ke macam mana sampai boleh tertelan

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057472 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top