View: 766|Reply: 6
|
Tertelan Batang Swab Ketika Buat Ujian Kendiri
[Copy link]
|
|
Seorang pekerja pusat penjagaan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara tertelan batang ujian calitan Covid-19 sepanjang enam inci.
Bobby Lee, 31, pada mulanya melakukan ujian kendiri selepas berasa tidak sihat pada 20 April lalu, lapor Metro.co.uk.
 Kredit foto: SWNS
Entah bagaimana, ketika cuba mengambil sampel di bahagian kerongkong, batang 'swab' tersebut tersekat di dalam mulutnya.
Tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya, Bobby cuba untuk menelan batang tersebut.
"Batang itu tersangkut di belakang tekak. Saya cuba mengeluarkannya tetapi tidak berjaya, jadi saya fikir saya perlu mencuba dan menelannya.
"Apabila telan, ia turun sedikit, tetapi hanya masuk separuh ke dalam tekak saya," cerita ibu dua anak dari County Durham itu.
Bobby mendedahkan dia turut mengalami kesukaran untuk bernafas dan bimbang nyawanya melayang gara-gara tertelan batang 'swab' itu.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia bergegas mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan kecemasan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ya amponm....ko dah kenapa kelam kelibut buat kerja sampai tertelan btg swab |
|
|
|
|
|
|
|
Bijak beno pun.
Ingat telan batang swab tu boleh jadi najis. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan alwayz btol.... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tercekik tulang, bila terasa dah halfway it's a difficult decision nak telan ka nak korek. Most people naturally akan telan, and then it got stuck.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jolok tekak sambil mendongak ke macam mana sampai boleh tertelan |
|
|
|
|
|
|
| |
|