Ebit Lew menyantuni kumpulan mat rempit di ibu negara malam tadi sebagai sebahagian daripada usaha dakwahnya. Ebit dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, beliau bersama pensohor TikTok, Akiem Stopa menunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur untuk mendekati kumpulan berkenaan.
“Malam tadi ‘ride’ motor pusing Kuala Lumpur dengan Akiem Stopa cari anak muda sampai pukul 2 pagi. Baik-baik semuanya. Lembut hati. Bila tengok anak muda bawa motor sana sini kadang orang panggil mat rempit. “Tapi disebaliknya mereka anak-anak kita, adik-adik kita semuanya. Rajin cari rezeki buat keluarga. Semua baik dengar nasihat. ‘Last’ belanja makan ikan singgang. Semua azam nak ikut tiga hari di jalan Allah belajar iman.
“Pusing dataran Merdeka meriah. Ramai anak muda. Ramai juga bawa keluarga main skuter. Cantik ‘view’ malam-malam,” katanya.
|
tripleid replied at 17-5-2022 04:53 PM
Lepak ngn mat rempit.so nak kena kagum ke?
Artemesiaa replied at 17-5-2022 04:18 PM
Ramai dah tak ambil kesah apa kegiatan yang beliau lakukan tak macam mula2 dulu
ADVERTISEMENT