CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Tarzan Lepas Bunuh Kekasih Kerana Nak Rujuk Dengan Bekas Suami

17-5-2022 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1080| Komen: 4

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membunuh kekasihnya di wilayah Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia pada Khamis minggu lalu.

Polis Sukabumi, Putu Asti Hermawan berkata, suspek ditahan ketika cuba bersembunyi di Gunung Walat di daerah Cibadat.

Menurut laporan Kompas, lelaki itu didakwa membunuh kekasihnya kerana mangsa berusia 33 tahun itu akan kembali merujuk dengan bekas suami.



Suspek yang menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa selama empat bulan bagaimanapun membantah keputusan tersebut.

Suspek kemudian pergi ke rumah mangsa pada Khamis bagi mempersoalkan perkara itu sebelum berlaku pertengkaran.

Ekoran kejadian itu, suspek didakwa menikam mangsa beberapa kali menggunakan pisau.

Suspek kemudian melarikan diri ke Gunung Walat.

"Motif suspek kerana cemburu. Dia tak dapat menerima hakikat kekasihnya akan rujuk kembali dengan bekas suami," kata polis.

Menurut polis, suspek menyamar menjadi 'Tarzan' seperti dalam filem ketika bersembunyi di hutan dengan memakai rambut panjang palsu.

Suspek didakwa kerana melakukan jenayah bunuh, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun jika disabit bersalah. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 17-5-2022 06:16 PM

Quote MissyMolly 17-5-2022 10:09 PM
dani-rox replied at 17-5-2022 06:16 PM

Kan... dia ingat ni jaman batu ke hapa polis taley trace lokasi plus rambut pelesu heols
Quote ally9970 18-5-2022 05:23 PM
Jenayah bunuh penjara max 20 thn jer?
Quote kakikuDibibirmu 19-5-2022 08:08 PM
Tikam jangan tak tikam!

a5.jpg

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061319 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top