Elyy Suriati dan Azri Iskandar bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.
Puncanya mereka sudah tiada lagi persefahaman selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan. "Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.
"Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. "Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami," katanya seperti dilapor Getaran. Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty mendirikan rumahtangga pada tahun 2003. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah. -CARI |
princessmiang replied at 17-5-2022 12:41 PM
Cerai sbb vaksin ke? Ke sebab tak tahan bau kefam
kiah_mai_pulak replied at 17-5-2022 12:49 PM
selayaknyalahhh kena cerai. laki mna tahan bau tengit bau ikan masin bau mulut kohong tu. yekkkk
ADVERTISEMENT