CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

36 Tahun Jadi Lelaki Demi Keselamatan Anak Tunggal, 'Muthu' Belum Sedia Berubah

17-5-2022 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2198| Komen: 18

Seorang wanita nekad mengubah penampilan dirinya seperti lelaki selama 36 tahun demi memastikan anak perempuan tunggalnya membesar dengan selamat.


Menurut laporan New Indian Express, perubahan Petchiammal, 57, bertitik tolak selepas suaminya, Siva, meninggal dunia hanya 15 hari selepas mereka berkahwin.

Petchiammal yang berusia 20 tahun ketika itu kemudian melahirkan seorang anak perempuan, Shanmugasundari.


Kredit foto: TNIE

Sejak kematian suami, dia membanting tulang untuk menyara dan membesarkan anak tunggalnya.


Dia pernah bekerja di tapak pembinaan, hotel dan kedai teh, namun kerap mengalami gangguan di tempat kerja yang didominasi kaum lelaki.

Sekian lama berdepan dengan diskriminasi dan gangguan seksual, Petchiammal mengambil keputusan untuk bertukar menjadi 'lelaki'.

Bukan sekadar penampilan, malah Petchiammal menukar namanya dan mahu dikenali sebagai Muthu.

"Hanya saudara terdekat dan anak perempuan saya tahu bahawa saya seorang wanita," katanya yang menetap di Kattunayakkanpatti, Tamil Nadu, India.

Anak tunggal Petchiammal iaitu Shanmugasundari kini sudah berumah tangga, malah keadaan ekonomi keluarga mereka juga semakin stabil.

Sungguhpun begitu Petchiammal berkata dia belum bersedia untuk menukar kembali identitinya kepada seorang wanita.

Ujar wanita tersebut, dia mahu mengekalkan identitinya sebagai 'Muthu' selama-lamanya. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tricomonas 17-5-2022 12:27 PM
ni Muthu kencing berdiri ke duduk?
Quote kucingitam 17-5-2022 12:30 PM
boleh buat filem ni..
Quote gigahertz 17-5-2022 12:44 PM

Elok jugak dia jadi lelaki.
Sebab india kos rogol tinggi dan menakutkan
Quote jazaa100 17-5-2022 12:46 PM
Bagus pompuan ni......

Kat sana jantan² bkn blh nmpak pompuan....asyik nk merogol je....
Quote Cpkay 17-5-2022 03:25 PM
setujulah .. mmg kaum lelaki kat sana kebanyakannya sangat kejam.. rogol dan bunuh depan public pun dah jadi kebiasaan
Quote Burong_Hantuk 17-5-2022 03:34 PM
kaseh seorag ibu
Quote Artemesiaa 17-5-2022 03:39 PM
Keputusan yang meyelamatkan bukan saja anaknya tapi dirinya juga di tempat yang segala2nya didominasi orang lelaki
Quote GummyBear123 17-5-2022 04:45 PM
Tamil Nadu dan Uttar Pradesh -  Bear perasan 2 tempat ni selalu jadi tumpuan kes rogol.
Quote kaoru44 17-5-2022 04:49 PM
Bagus..dh la sna byk kes rogol..ksian acik xleh keje dgn tenang kalau xjadi muthu..
Quote Orix 17-5-2022 04:49 PM
mcm muka bosss iols... perempuan tp rambut pendek n very the independent woman...
Quote ezacbee 17-5-2022 04:52 PM
tricomonas replied at 17-5-2022 12:27 PM
ni Muthu kencing berdiri ke duduk?

Muthu datang bulan ni
Quote Nnoor2 17-5-2022 04:56 PM
Sama dgn kawan aku...lepas cerai terus jadi lelaki..mmg org x kan tahu dia perempuan.
Quote mily 17-5-2022 04:56 PM
Wow.. Lepas 15 hari.  Bunting pelanin sungguh... Nasib iteri yg kental.  
Perempuan mmg kuat,  kalau lelaki.. Mesti dah sibuk cari bini baru sbb xleh dok sorang2
Quote chandrahusin 17-5-2022 05:08 PM
Klu buat filem
best ni
Quote sharlenetexas 17-5-2022 05:23 PM
Iols ada soft spot kat sheols banding dgn bruce jenner.

Quote maylink23 17-5-2022 05:39 PM
Kat India mmg patut pun menyamar sbg lelaki. Bahaya sgt. Byk sgt jenayah. Dah lah ibu tunggal
Quote supernaturalee 17-5-2022 06:42 PM
Syabbas bettei

Quote sukacactus 17-5-2022 07:50 PM
Tindakan bijak

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.088451 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top