CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tikam Isteri Sebab Tukar Mangga Pintu Rumah

17-5-2022 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 965| Komen: 2

Description: JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menikam isterinya dengan pisau dalam satu kejadian, Jumaat lalu.
JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menikam isterinya dengan pisau dalam satu kejadian, Jumaat lalu.


Tertuduh, Mohd. Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Aliza Hasan, 32, dengan menggunakan satu alat untuk menikam iaitu sebilah pisau.


Foto: Kosmo

Dia didakwa telah melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Taman Desa Rakyat, Pasir Gudang pada pukul 10.30 pagi, 13 Mei lalu.


Mahkamah kemudian menetapkan RM10,000 sebagai wang jaminan dengan turut menetapkan beberapa syarat tambahan yang perlu dipatuhi.

Syarat berkenaan termasuklah tertuduh perlu menyerah pasport antarabangsa miliknya, tidak dibenarkan mendekati mangsa atau mana-mana saksi selain perlu melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Sementara itu, berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, kejadian itu berpunca daripada satu pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri berkenaan berhubung tindakan mangsa menukar mangga pintu rumah mereka.

Tertuduh kemudian didakwa telah mengambil pisau pemotong daging dan juga sebilah gunting dan cuba menikam di bahagian perut sebanyak tiga kali tetapi gagal. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-5-2022 04:02 PM
ni msti ada sebab lain ni xkn la sal mangga je nk berbunuhan
Quote Artemesiaa 17-5-2022 05:45 PM
Mesti dah selalu kena ugut buat si isteri nak tukar mangga

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.590522 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top