CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Budak Baju Merah Mencuri Ketika Beraya Datang Minta Maaf

17-5-2022 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3683| Komen: 42

"Budak itu sendiri mengaku... namun saya dan suami maafkan kerana tak sampai hati lebih-lebih lagi apabila tengok keadaan ibu mereka."

Demikian ujar Norfatin Mat Tahia ketika bercerita mengenai perkembangan insiden membabitkan sembilan kanak-kanak yang didakwa mencuri selepas beraya ke rumahnya pada Ahad.


Kredit foto: mStar

Menurut Norfatin, empat daripada sembilan kanak-kanak tersebut datang ke rumahnya di Bukit Changgang, Banting pada Isnin (hari ini) untuk memohon maaf sejurus selepas kisah mereka ditularkan di media sosial.

"Mereka datang ke rumah saya hari ini untuk minta maaf. Mereka tumpang orang dan datang pula dalam keadaan hujan lebat tadi. Budak yang mengaku tu berusia 10 tahun.


"Budak itu mengaku memang dia yang ambil sampul duit raya dan buang sampul dalam tandas.

"Memandangkan mereka datang ke sini tumpang orang, kami tak sampai hati nak biarkan mereka balik naik bas jadi kami hantar sampai ke rumah," ujarnya kepada mStar.



Norfatin berkata dia turut bertemu dengan ibu serta ibu saudara kepada kanak-kanak berkenaan ketika menghantar mereka pulang dan kesemua mereka merupakan penduduk tempatan berstatus mualaf.

"Saya ada juga tanya, kenapa mencuri tapi budak tu tak cakap apa-apa. Saya cakap, kalau tak kerana viral, mesti keluarganya tak ambil kisah.

"Keluarganya kata akan lebih ambil tahu mengenai budak-budak itu selepas ini. Ibu saudaranya nak gantikan balik wang yang diambil budak tersebut namun kami tak ambil pun duit tu. Tak apalah... benda pun dah jadi.

"Mereka juga minta foto-foto mereka dipadamkan serta entri berhubung kejadian itu dipadamkan dari media sosial. Selepas berbincang, saya harap kes ini dah selesai.

"Saya tak bercadang nak ambil tindakan lanjut. Moga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat mereka," katanya.

Norfatin menambah, perkongsian yang dibuat di laman Facebook pada Ahad bertujuan mahu orang ramai berjaga-jaga selain meluahkan kebimbangan dengan perbuatan mencuri dalam kalangan kanak-kanak.

"Kalau ikutkan, rumah saya dengan rumah mereka lebih kurang dalam 20 minit juga kalau naik kenderaan. Bila beraya, kemudian tanya soalan-soalan pelik seperti dalam rumah ada siapa? Bilik berapa? Macam-macam lagi... itu yang terjadi isu.


Suami Norfatin (kanan) bersama empat daripada sembilan kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk memohon maaf.

"Saya harap budak-budak tu akan insaf selepas ini," kata ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun ini.

Terdahulu menerusi hantaran di Facebook pada Ahad, Norfatin berkongsi kisah rumahnya didatangi sembilan kanak-kanak sedondon berbaju merah yang mahu beraya.

Menerima kanak-kanak berkenaan sebagai tetamu, bagaimanapun tanpa disangka ada di antara mereka didakwa 'panjang tangan' dan sempat menyelongkar beg tangan ketika tuan rumah serta tetamu lain sedang sibuk.


Loading FB Post...

Perkongsian Norfatin kemudian menjadi tular di media sosial.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahzuan 17-5-2022 12:41 PM
Budak2 rohingya kan..what do u expect dgn puak2 ni??
Quote hyie 17-5-2022 01:52 PM
rugi plak tak ambik tindakan. Ummah Melayu memang mudah memaafkan kan.
Quote she 17-5-2022 02:09 PM
Mungkin duit raya tu sikit aje kot dalam sampul
Tapi kalau dia curi sampul raya dalam beg macik
Macik minta dia ganti balik
Sebab 1 sampul RM50 kot macik isi
Done macik selit membongak pascaraya
Quote Skuau 17-5-2022 02:09 PM
hyie replied at 17-5-2022 01:52 PM
rugi plak tak ambik tindakan. Ummah Melayu memang mudah memaafkan kan.

'mudah memaafkan'...itu suatu yg sgt baik yg ada pada orng melayu...sayang sekali 'orang jahat' melihatnya sbg 'kelemahan(orng melayu)..yg kemudian diambil kesempatan.Sb tu BMF gagal...(ke situ plak...)
Quote namieamuro 17-5-2022 02:13 PM
ade lagi org yg berani2 bg tah sape2 masuk rumah. zaman dlu bole la kak. zaman ni bebdk pn pandai dh jd 'mata2' org. tgk muke bebdk tu pn nampak sgt kerohingya nye.

baik tak bertempat ko ni kak
Quote MsJules 17-5-2022 02:38 PM
I think the dalang tu takut tu sebab tu dia suruh bebudak tu pegi minta maaf sebab tak nak benda ni jadi lagi viral. Sebab kalau orang semua dah cam muka, susah la nak beroperasi kat tempat lain dan kat acara2 lain seperti kenduri kawin.

Tak mungkin bebudak tu sendiri yang rancang nak mencuri, siap pandai tanya berapa orang and berapa bilik etc.

Kat area umah Mak kat hometown pon ada jugak geng Rohingya cam ni masa before MCO dulu. Masa Raya datang ramai2 pastu tak reti nak dok diam. Kat tangan ada makanan tapi jalan sana sini. Sib baik aku ni jenis ala-ala blakon garang suruh pegi duduk balik.

Satu geng tu tak nak masuk rumah tapi nak duit Raya ja. Siap mintak extra untuk adik kat umah. Tapi sebab Raya kan, kasi je la extra. Memang dah set pon duit untuk 'visitors'macam ni RM3 je huhuhu...

Masa kenduri adik aku geng ala-ala ni jugak datang. pelamin, catering, prep semua kat luar tak ganggu rumah langsung. Dalam rumah memang takde apa, hanya untuk relatives melepak relax sahaja. Tetiba ada 2 ketul makhluk ni selamba ja masuk dalam umah. Bila tanya nak kemana, terus ja nak cari toilet. Kene la hambat tapi secara sopan ke toilet luar. Kemain masuk amik kesempatan.

Memang la kita ni selalu kena bersangka baik tapi sejak dah pernah kena sekali dulu, terus susah nak percaya geng2 ni,.
Quote _blackbird 17-5-2022 02:39 PM
berani ya dia kasi stranger masuk rumah dia. iols dah lama tak kasi hatta budak2 dtg raya rumah lain kecuali anak jiran2 1 lorong. kalau budak2 stranger ni kalau dia nak duit raya iols kasi je lah duit raya sorg RM2-3 tak kasi masuk pon
Quote sharlenetexas 17-5-2022 02:51 PM
Sape mastermind? Macam sindiket.

Quote angelofish 17-5-2022 02:55 PM
india ke rohingya? kata orang tempatan.konon mualaf .tak betul ke tidak
Quote Nham22 17-5-2022 03:04 PM
she replied at 17-5-2022 02:09 PM
Mungkin duit raya tu sikit aje kot dalam sampul
Tapi kalau dia curi sampul raya dalam beg macik
Maci ...

Kahkahkah... Uishh humble brag nyee
Quote Belibis 17-5-2022 03:11 PM
namieamuro replied at 17-5-2022 02:13 PM
ade lagi org yg berani2 bg tah sape2 masuk rumah. zaman dlu bole la kak. zaman ni bebdk pn pandai dh ...

Macam aku ler..kalau budak2 yang aku tak kenal makbapaknya...maap la..takkan jemput masuk..sebab jenis datang nak minta duit,bukan nak jamah biskut atau minum pun.
Quote she 17-5-2022 03:11 PM
Nham22 replied at 17-5-2022 03:04 PM
Kahkahkah... Uishh humble brag nyee

Hahahahahaha

Selamat hari raya Dek Nham
Quote Artemesiaa 17-5-2022 03:12 PM
Zaman penuh penipuan scammer sana sini kena hati2 dengan mereka  yang tak dikenali kanak2 zaman now bukan macam kanak2 zaman dulu
Quote AKAZ85 17-5-2022 03:26 PM
Kat fb siap ramai2 backing budak rohingya ni kata dah minta maaf semua bagai xperlu viral muka.. Kalau dah dasar sampah tu sampah jugak.. Datang rumah orang mencuri pulak keje ko
Quote Burong_Hantuk 17-5-2022 03:33 PM
naseb baik x masuk balai
Quote Skuau 17-5-2022 03:41 PM
rohingya???...mualaf???...bkn kek myanmar sana..drng yg ngata..'orng isle(drng la) disembelih'???
Quote gekkou 17-5-2022 06:05 PM
asal budak2 semua nk guna alasan
'biarlah budak2 lagi'
same goes macam budak2 kecik dah kurang ajar berani nk pukul2
hempas2 barang
atas alasan 'comel' 'tak tahu apa2'
Quote dua_chzy 17-5-2022 06:24 PM
Macam...Bukan kanak2 lokal saja...
Quote dua_chzy 17-5-2022 06:24 PM
Penduduk tempatan mualaf? Orang Asli ka?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:04 PM GMT+8 , Processed in 1.163666 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top