Pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan isterinya Syafiqah Aina masih belum pulih daripada gangguan dan penyakit misteri seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Hafiz berkata, dia dan isteri bagaimanapun kuat dan tabah menempuh ujian hebat ini serta menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. "Sebagai suami apabila melihat Aina terkena penyakit misteri, memang saya marah dan geram. Tapi ia buat kami sedar, setiap perbuatan tak perlu dibalas begitu, sebaliknya kami perlu usaha dan buktikan kepada mereka yang kami boleh menjadi lebih baik.
"Biarpun belum pulih sepenuhnya tapi kami kuat. Allah ada dan kami kena terus berjuang. Saya bukan nak mencabar atau merendahkan mereka, namun saya nak tunjukkan, Allah Maha berkuasa. Buatlah macam mana pun saya tetap akan sebarkan kebaikan. "Apa yang kami usahakan selama ini hanyalah untuk bantu orang lain tambah pendapatan. Kenapa perlu kacau kami sampai begini. "Apapun yang mereka buat kami tidak akan membalas kembali. Sakit itu biarlah kami yang simpan. Dalam realiti kami sangat gembira," katanya ketika ditemui pada majlis Ainaa Beauty Annual Gala Dinner di Marriot Putrajaya, baru-baru ini. Menurut Hafiz, biarpun trauma dengan kejadian yang menimpa, namun dia dan isteri tidak berputus asa dan saling menumpahkan kasih sayang antara mereka. "Jujurnya kami agak trauma atas apa yang berlaku. Jika sebelum ini, andai ada yang menghantar produk makanan, kami akan 'review' tanpa sebarang cas untuk bantu usahawan lain. Namun kejadian yang berlaku buatkan kami berfikir banyak kali.
|
ADVERTISEMENT