CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peraturan Pelik, Scotland Larang Budak Lelaki Lihat Patung 'Bogel'

17-5-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1430| Komen: 1

Satu undang-undang pelik di Scotland didedahkan dengan kanak-kanak lelaki berusia bawah 10 tahun tidak dibenarkan melihat patung yang tidak berbaju, lapor akhbar Mirror UK, semalam.


Undang-undang itu pada asalnya berasal dari ‘undang-undang kesopanan’ zaman Victoria apabila Britain cuba menghalang kerosakan moral dalam kalangan golongan belia.


Sekumpulan patung yang siap dibina di sebuah kilang di Woolwich, London. - Mirror UK

Peraturan Scotland yang pelik itu telah didedahkan oleh firma guaman John Collins and Partners yang berpangkalan di Swansea.

“Suruhanjaya Undang-Undang bertanggungjawab untuk menyaring undang-undang yang sudah lapuk dalam usaha untuk mengemas kini sistem, tetapi beberapa peraturan pelik masih lagi diguna pakai.

“Bagaimanapun, kami tidak mengharapkan orang ramai terlalu bimbang tentang kebanyakan undang-undang ini,” kata rakan kongsi firma itu, Paul Newman.

Rang Undang-Undang Pemansuhan diluluskan oleh Parlimen Britain setiap beberapa tahun dengan setiap satunya menyingkirkan beratus-ratus halaman undang-undang.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 19-5-2022 10:10 AM
Pernah terbaca di England juga satu masa dulu beratur itu satu tuntutan undang2.

Undang2 depa ni evolve ikut zaman. Btw undang2 anti sodomi tanah air tu pun legasi British juga.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.040492 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top