Rekod pergigian digunakan untuk pengecaman identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, rekod pergigian digunakan berikutan keadaan jenazah yang sukar dikenal pasti. "Buat masa sekarang, pihak hospital cuba menggunakan rekod pergigian untuk membuat perbandingan dengan gigi mayat.
“Sekiranya terdapat persamaan, maka identiti mereka boleh dikenal pasti," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, proses bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa telah selesai dan hanya menunggu pengesahan rekod pergigian sebelum jenazah dibawa pulang oleh waris untuk urusan pengebumian. Bagaimanapun kata beliau, sekiranya kaedah pengecaman melalui rekod pergigian tidak berjaya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilakukan, yang memerlukan lebih masa. "Oleh itu, waris setiap keluarga telah memberikan sampel untuk ujian DNA yang akan dihantar ke Jabatan Kimia di Cheras untuk dianalisis,” katanya. Dalam kejadian awal pagi Khamis, lima pelajar USAS itu maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2 PLUS. Mangsa yang terlibat ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20. Sumber: AWANI
|
angelofish replied at 14-5-2022 10:34 PM
mana datang record pergigian tu? klinik gigi memang tak reti simpan rahsia custemer ke?

dodolgemok replied at 15-5-2022 08:52 AM
Lahh dh kalau jadi kes polis, polis boleh je mintak klinik gigi utk sediakan rekod Pergigian tu. R ...
ADVERTISEMENT