CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panggil Lelaki 'Botak' Adalah Gangguan Seksual - Mahkamah

13-5-2022 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1607| Komen: 12

Description: Hakim sebuah mahkamah di London dalam sebuah perbicaraan memutuskan tindakan menggelar seorang lelaki sebagai botak adalah salah satu bentuk gangguan seksual, lapor akhbar Daily Star semalam.Keputusan ...
Hakim sebuah mahkamah di London dalam sebuah perbicaraan memutuskan tindakan menggelar seorang lelaki sebagai botak adalah salah satu bentuk gangguan seksual, lapor akhbar Daily Star semalam.


Keputusan itu dibuat di tribunal pekerjaan di bandar Sheffield selepas perbincangan yang dihadiri oleh tiga lelaki yang mengalami keguguran rambut dengan memberikan pendapat mereka. 


Gambar hiasan

Pendengaran kes itu melibatkan seorang juruelektrik dan majikannya di sebuah firma pembuatan, lapor akhbar The Telegraphs.

Juruelektrik, Tony Finn telah bekerja dengan syarikat The British Bung Manufacturing selama hampir 24 tahun sebelum dipecat pada Mei tahun lalu.


Finn mendakwa dia dibuang kerja secara tidak adil selepas memukul rakan sekerjanya yang menggelarnya botak. Dia menganggap gelaran tersebut sebagai satu bentuk gangguan seksual.

Hakim, Jonathan Brain terpaksa memutuskan sama ada sindiran itu boleh dianggap sebagai satu gangguan seksual atau sekadar penghinaan. 

Dalam perbicaraan kes, Brain memutuskan bahawa terdapat perkaitan antara perkataan botak dan ciri seks yang dilindungi. 

Beliau berkata, mana-mana istilah yang diguna dalam bentuk penghinaan boleh dikelaskan sebagai satu bentuk gangguan seksual.

Finn memenangi kes tersebut atas dakwaan pemecatan yang tidak adil dan menerima serangan gangguan seksual.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 13-5-2022 04:47 PM
Elok la tajuk letak botok. Aku ingt botox ka apa. Skali botak haha
Quote lyss0909 14-5-2022 01:03 AM
Pulak dah ……
Quote dua_chzy 14-5-2022 01:13 AM
Bukan physical shaming ke? Hapo sexual pulak?
Quote dua_chzy 14-5-2022 01:14 AM
Beliau berkata, mana-mana istilah yang diguna dalam bentuk penghinaan boleh dikelaskan sebagai satu bentuk gangguan seksual.


Sejak bila begini ini? Hasil woke culture?
Quote Firenzza 14-5-2022 07:50 AM
Botak chin tersenyum sinis
Quote ChildrenOfBodom 14-5-2022 08:29 AM
Jada pinkett smith tersenyum girang
Quote ChildrenOfBodom 14-5-2022 08:30 AM
Those who called other bald will be slapped by will smith
Quote AnBulisia 14-5-2022 10:38 AM
kalau adik botak baru lah gangguan seksual
kalau botak, sexual celah mananya
Quote Racurve 14-5-2022 05:26 PM
dua_chzy replied at 13-5-2022 05:14 PM
Beliau berkata, mana-mana istilah yang diguna dalam bentuk penghinaan boleh dikelaskan sebagai satu  ...

johnny sins tersenyum sinis

[youtube]Cl9muk7WDB4[/youtube]

[youtube]aqztUV6bXAs[/youtube]

[youtube]aVpFj-WdlUY[/youtube]

Quote Nenasketum 14-5-2022 05:47 PM
Dalm pengalaman aku kat kolej, bekerj & dealing with clients, lelaki botak lah yang paling hamsap hokkay!
Quote Jitu 14-5-2022 06:03 PM
sensitif kot bg org lelaki ejek 2B ni
botak dan boroi lah jgn pikir yg bukan2
Quote Decaffeinated 14-5-2022 06:27 PM
Pernah dengar botak itu seksi? Ada kaitan kot

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.136135 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top