Seperti kita semua tahu, setiap kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis ragam dan perangai yang kadang-kadang kita sendiri tidak terduga.
Ketika waktu inilah, mereka mempunyai keinginan untuk meneroka semua perkara dan kadang-kala mereka akan bertindak di luar jangkaan kita.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, sudah menjadi tugas kita sebagai orang dewasa untuk mengajar mereka untuk membezakan yang mana yang betul dan salah.
Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Atirah Rahani memuat naik posting yang membuatkan ramai netizen berang. Menerusi video itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki melakukan satu reaksi yang luar jangkaan keluarganya kerana malu akibat terjatuh ketika mahu mengambil gambar raya bersama keluarga.
Oleh kerana ramai tertawa apabila dia terjatuh, kanak-kanak itu terus menyerang kanak-kanak lain yang mengejeknya itu sebelum menghempas kamera yang digunakan untuk mengambil gambar keluarga tersebut.
Video yang dimuat naik itu kini telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan. Menerusi ke ruangan komen, kelihatan begitu ramai netizen yang geram dan marah apabila melihat perangai kanak-kanak itu dan meminta ahli keluarga itu untu menegur kesalahannya. - CARI