“Kahwin bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main kerana anda perlu menggalas pelbagai tanggungjawab.”
Demikian antara pesanan yang diberikan seorang wanita menerusi videonya di TikTok mengenai ‘trend’ pasangan muda yang dikatakan seperti terburu-buru ingin berkahwin. “Jangan menikah sebab tengok kawan-kawan kita dah kahwin dan jangan menikah sebab ikut trend. “Pastikan keputusan untuk bernikah, berkahwin sebab kau dah sedia sepenuhnya, nak segerakan nikah boleh, tapi jangan tergesa-gesa,” katanya.
Tambah wanita tersebut, pastikan segala keperluan sebelum bernikah telah lengkap sepenuhnya dan jangan jadikan pasangan hidup itu sekadar ‘cukup syarat’. “Asal ada sahaja, kau sebat, kahwin serkap jarang,” ujarnya. Dalam pada itu, pesanan wanita tersebut ternyata mendapat persetujuan ramai yang rata-ratanya mempunyai pendapat sama dengannya soal perkahwinan ini. “Betul itu, jangan terburu-buru kahwin, kalau terikut mulu ‘mak cik bawang’ memang akan main serkap jarang cari pilihan hidup, tak sampai setahun dua kahwin, dah timbul masalah, cerai,” kata seorang pengguna. “Sekarang ini memang ramai pasangan muda kahwin, tak tahu la apa mereka fikir, memang betul cegah dari maksiat, tapi cukup ka ilmu, duit untuk hidup sebagai keluarga, tak kan masih minta duit ibu bapa tanggung,” kongsi Faizul. “Memang ramai budak sekarang gelabah nak kahwin, baru umur 20 tahun dah kata tua, semua nak jadi mak bapa muda,” tegur Aishah. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
gideoncross replied at 13-5-2022 04:22 PM
Sbb yg mentah2 tu mudah trperdaya dgn apa yg d siarkn kat media psl khwin, klau yg dh matang, khwin ...
Jitu replied at 14-5-2022 06:33 PM
sy sangat bersetuju
nakkomenjugak replied at 22-5-2022 05:43 PM
Iol andartu umur 30 hanya mampu tersenyum sinis dengan gegadis bbnu
No, ko enjoy dulu dekkk
Jaga di ...
aechae replied at 16-5-2022 10:02 AM
Nk kawin awal2 pastu kna berusaha lbih nk hidup selesa dh mengeluh…pastu ngata pulak kita yg kawin ...
haifawehbe replied at 16-5-2022 01:23 AM
iols yg 30an pun masih takut nk kawen takut tersalah pilih. tapi bbnu baru 20 dah gelabah nk kawen.. ...
ADVERTISEMENT