Penunjuk perasaan membaling kasut ke arah pemimpin Kemboja yang menyertai Sidang Kemuncak Khas Asean-AS yang julung kalinya diadakan di Washington, minggu ini.
Insiden memalukan itu berlaku pada Rabu lalu ketika Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, yang memerintah Kemboja sejak 1985 dalam lawatannya ke Washington. Rakaman imej dan video insiden itu disiarkan di laman web monoroom.info dalam bahasa Khmer. Bagaimanapun, kasut yang dibaling berkenaan tidak mengenai Hun.
Pemimpin itu mendapat kritikan aktivis dan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kerana menyekat perbezaan pendapat. Imej menunjukkan individu lain memberi salam penghormatan dan mengambil swafoto dengan perdana menteri itu. Lapan pemimpin negara Asean, termasuk Hun memulakan lawatan dua hari mereka di Capitol Hill untuk makan tengah hari bersama pemimpin kongres semalam. Speaker dewan Nancy Pelosi, pengerusi jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Robert Menendez dan pengerusi jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Gregory Meeks membangkitkan keperluan untuk melindungi hak asasi manusia dan berusaha untuk menghadapi kemerosotan demokrasi di rantau ini," menurut sumber yang menyertai majlis makan tengah hari itu. Mereka kemudian bertemu pemimpin perniagaan AS sebelum makan malam bersama Presiden Joe Biden di Rumah Putih. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT