Setiap pasangan yang bercinta pasti menginginkan hubungan percintaan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Jika pembaca di sini perasan, ramai rakyat Malaysia yang mengadakan majlis pertunangan dan perkahwinan pada bulan Syawal tahun ini. Tetapi lain pula kisah gadis ini. Menerusi posting Tiktok yang dimuatnaik oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Fatin, dia mengatakan bahawa dia menerima rombongan daripada dua keluarga untuk melamarnya pada Hari Raya ke-2.
Menurut gadis ini, ketika itu dia dan keluarganya sedang berbincang dengan teman lelakinya, Faiz mengenai perancangan majlis pertunangan mereka. Namun siapa sangka tiba-tiba datang satu lagi rombongan lain yang ingin meminang dirinya. Tambah gadis ini, sudah lama dia berbincang dengan teman lelakinya untuk datang ke rumah supaya dapat berkenalan dengan ibu dan bapanya dengan lebih rapat sekaligus dapat menyuarakan hasrat teman lelakinya untuk meminang dirinya kelak. Tetapi ketika sedang berborak tiba-tiba muncul saudara jauh di sebelah ibunya yang ingin menunaikan hasrat untuk merisik gadis ini untuk cucunya. Gadis ini dan keluarganya terpaksa menolak lamaran rombongan saudaranya dengan baik kerana gadis itu telah memilih untuk mengahwini teman lelakinya. Namun tidak mudah untuk ayahnya kerana ayahnya terpaksa 'slow talk' dengan keluarga sebelah ibunya bagi meredakan situasi ketika itu. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah dia memilih teman lelakinya sebagai teman hidup ataupun sebaliknya. -CARI |
eyansss: bajet hot sangat… ...
eyansss: bajet hot sangat… ...
234126: Lakinya nampak helok tapi yg p ...
234126: Lakinya nampak helok tapi yg p ...
mamajawie replied at 13-5-2022 09:38 AM
Demi content..urghhh..ingatkn hat pompuan tu iras hannah delisha rupanya iras kiah propa
azie5zoe replied at 13-5-2022 10:48 AM
Uiisshh..jangan cakap, sekarang orang yang muka tak siap ni lagi hot kat pasaran, walau dah kawen ...
mamajawie replied at 13-5-2022 11:49 AM
betul juga tu sista..minat orang lain2 kan..anyway untung la sheollss dpat rombongan meminang bany ...
azie5zoe replied at 13-5-2022 03:26 PM
Tahniah, semoga urusan uols berjalan lancar.
ADVERTISEMENT