Berkahwin dengan seorang pelakon popular Indonesia bukanlah satu beban besar buat aktor Iedil Putra apabila kehidupan sentiasa menjadi perhatian ramai.
Menurut Iedil, dia dan isteri iaitu Prisia Nasution menjalani kehidupan suami isteri seperti biasa dan faham dengan tugas masing-masing sebagai anak seni. Tambahnya, dia juga bersyukur semakin diberi peluang untuk memulakan kerjaya lakonannya di negara seberang itu. “Jika lihat di sosial media, saya dan isteri adalah pasangan yang easy going dan tidak melihat status kami sebagai satu perkara besar. Kami menjalani hidup seperti biasa dan faham dengan kerja sebagai seorang pelakon.
“Memulakan kerjaya di sana juga menjadi satu tarikan baharu buat saya dan banyak memberi pengalaman berbeza. Saya masih perlahan-lahan belajar tentang cara kerja produksi di sana terutamanya dari segi bahasa,” katanya kepada mStar. Iedil, 36, mendirikan rumah tangga dengan Prisia Nasution di Bogor, Indonesia pada 1 Jun 2016.
|
prince_marhaen replied at 12-5-2022 02:52 PM
asal kahwin orang seberang je, mesti nak acah-acah terus cakap slang indon...caption pun indon.... s ...
prince_marhaen replied at 12-5-2022 02:52 PM
asal kahwin orang seberang je, mesti nak acah-acah terus cakap slang indon...caption pun indon.... s ...
mamajawie replied at 12-5-2022 02:46 PM
aku x tau nape director suka bebeno amik si herot tu berlakon??da la kayu kayan..citer paskal tu seb ...
cicicumel replied at 12-5-2022 03:37 PM
Setuju 100% nok. Mamat ni kayu gila. Pastu acah2 pelakon gred A.
mamajawie: aku x tau nape director suka b ...
ADVERTISEMENT