Puan Seri Tiara Jacquelina, tidak menolak berasa hampa setelah pusat percutian miliknya, Tiarasa Escapes Glamping Resorts yang terletak di Janda Baik, Pahang, turut terjejas akibat banjir kilat.
Menurutnya, banjir kilat yang melanda semalam merupakan antara yang terburuk berbanding yang berlaku pada Disember lalu dan ia memberi tekanan kepadanya dan pihak pengurusan resort untuk membuat proses membaik pulih. “Baru saja nak bernyawa selepas enam bulan terpaksa ditutup berikutan dilanda bajjir kilat Disember lalu semasa pandemik. Elok-elok kami sedang cuba untuk bangkit semula, terkena banjir kilat lagi.
“Sepanjang empat tahun kami beroperasi dan dalam sejarah di Janda Baik, nampaknya ini adalah yang paling buruk pernah berlaku. Ia sangat menyedihkan, menghampakan dan tidak menyenangkan,”katanya. Tiara berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram malam tadi selain turut berkongsikan beberapa keratan video ringkas yang memaparkan keadaan di resortnya yang terjejas akibat banjir.
|
rospinki replied at 12-5-2022 01:24 PM
2 kali dh kena banjir baik jgn buat projek kat situ..azalinya janda bai hnya utk janda2 baik saja..l ...
Perawankota replied at 12-5-2022 12:54 PM
Sebenarnya tanah2 dorang buat resort ni tanah dorg or bukan?
kotakominami replied at 12-5-2022 12:44 PM
Bila kawasan hutan ditarah buat rumah percutian org kaya2....buat tempat penginapan, resort, villa.. ...
kotakominami replied at 12-5-2022 01:36 PM
Ntahla....sebab byak yg have2 ade tanah kt sini.tak pasti pakej kurnia sekali dgn gelaran dato ke ...
Incanto replied at 12-5-2022 02:54 PM
dah lama ada Kampung Janda Baik
cuma tahun 80an gitu start org KL buat rumah percutian kat sana,
kotakominami replied at 12-5-2022 01:36 PM
Ntahla....sebab byak yg have2 ade tanah kt sini.tak pasti pakej kurnia sekali dgn gelaran dato ke ...
mizruncing replied at 12-5-2022 12:52 PM
kaya dia ni.. tiarasa ni mmg tempat org have have je holiday.. bertabah lahhh
anony-mous replied at 12-5-2022 03:47 PM
Kan. Tujuan tmpt2 ni kena tarah sbb nk bgnkn another tmpt mcm tiarascape ni la. Semua tamak last2 ...
ADVERTISEMENT